Monday, May 12, 2008

Muktamar PKPIM...

'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka', maka pekataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: 'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung'. (Ali-Imran: 173)

Tanggal 10 Mei 2008 adalah saat yang amat meresahkan hati saya. Saya telah dipilih oleh Allah untuk memegang Amanah yang amat berat. walaupun saya tahu tugas itu adalah suatu yang tidak asing bagi saya. Namun, entah kenapa tiba-tiba hati saya terasa berat. Badan saya lemah. Jiwa saya bergetar. ALLAHUAKBAR!!!
Ya Allah..tetapkan lah hati hambamu ini..
Sehingga suatu saat, saya sudah tidak dapat menahan lagi air mata ini. Saya berlari ke arah insan yang bernama sahabat yang sama-sama berjuang dalam memperjuangkan agama Allah ini. Dibahunya saya menangis. Ingin saya melepaskan segala keresahan dan ketakutan saya untuk membawa agama Allah ini. Terasa kerdil dan hinanya saya dihadapan Rabbi.
Dihadapan saya..terlihat insan-insan yang dahagakan tarbiyyah. Yang mengharapkan sesuatu daripada saya. Saya bukan melihat seorang. Tetapi beribu-ribu orang. MasyaAllah. Allahuakbar!
'Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir'. (ali-Imran: 147)

Apa yang pasti, segala ketentuan Allah ada hikmah disebaliknya. Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menikmati alam perjaungan. Memberi saya peluang merasa keperitan dan kemanisan sunnah orang berjuang. Terima Kasih Ya Allah. Saya tahu, ujian yang Allah berikan kepada saya hanya sedikit berbanding dengan apa yang dilalui oleh Zainab al-Ghazali al-jubaili, seorang aktivis Islam yang saunggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Musilmin di Mesir. Beliau adalah salah seorang yang menjadi Role model saya dalam perjuangan ini. InsyaAllah.

Menjadi Asst.HC Da'wah dan Tarbiyyah bukan amanah yang mudah. Apa ada pada jawatan. Yang penting Amanah yang dipikul perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Saya perlu banyak bergerak daripada bercakap. Itu prinsip yang saya pegang. Oleh sebab itu saya kurang bercakap dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Buat sahabat2 seperjuangn..saya ingatkan untuk diri saya dan juga sahabat2..kita perlu cepat bertindak. Jangan banyak berehat. Seperti kata-kata yang pernah diucap oleh Zainab al-Ghazali..' Ya, kita bukan mengejar masa. Masa yang bertahun-tahun, puluhan tahun, ratusan tahun, bukan penting bg umur da'wah dan umat. Tetapi yg penting ialah kita mesti bertahan diatas jalan kita dgn penuh keyakinan, kesejahteraan langkah dan kejelasan pemikiran'.

Moga saya bersama dengan sahabat2 seperjuangan sama2 dapat berdiri teguh dan tetap pendirian dalam menegakkan kebenaran ini. Jangan kita mudah mengalah, banyak ketawa, dan cepat melatah. Tetapi menangislah. Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengalir kerana takut kepada Allah, menanggung keperitan dalam berda'wah, melihat segala maksiat yang semakin berleluasa terutamanya oleh saudara Islam sendiri adalah suatu nikmat yang dapat merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang kita kepada Allah.. ingalah kepada kematian. Entah hari ini, esok, lusa, tulat..Allah akan mengambil kembali hakNya kerana kita didunia ini hanya lah pinjaman semata-mata. Kita adalah milik Allah yang abadi..:)

Salam perjuangan. ~HIDUP BIAR BERJASA~

No comments: