Sunday, October 25, 2009

Aku Seorang Dai'e...


"Orang berjuang sering menangis
lemah di sisi Allah
Tetapi Allah kuatkan dia di sisi manusia
Berjuanglah kerana Allah
Bahagialah hati walaupun payah
kerana itu jalan ke jannah"

"Sesungguhnya dai'e yang sebenar
adalah lebih kuat daripada
hakikat alam dan keseluruhannya
Ketika alam ini hancur
Cita-cita dai'e untuk
menyampaikan Islam
tak pernah hancur.."
~Syed Qutb~

Amat menusuk hati saya tatkala baca ungkapan itu. Seakan terasa diri ini amat lemah di sisiNya. Ya..tidak boleh di nafikan hati ini sentiasa menangis..sentiasa merintih..sentiasa mengeluh kesah..kerdilnya diri ini disisi Allah, kekasihku dunia dan akhirat.

Susahkah untuk menjadi seorang Da'ie? membawa dan menyebarkan risalah Allah. Amanah buat hambaNya yang mengimpikan keredhaanNya.. Ya..hati ini tidak menafikannya..

'La yukallifullahu nafsan illa wus'aha'..Allah tidak akan memberikan sesuatu yg tidak mampu untuk kita membawanya. Mampukah aku..hambaMu yg hina ini..

Ya..aku adalah seorang Da'ie..aku tidak akan takut kepada selainMu. Aku mahu menjadi kekasihMu, Mutiara hatiMu, dan Hamba yang dapat membanggakanMu. Walau aku tahu..aku akan sentiasa menangis..jiwaku akan sentiasa terluka..tubuh badanku akan sentiasa lemah...namun engkau ada disisiku. Menemaniku untuk aku terus berjuang dan berjuang hingga ke akhir hayatku.

Jemputan ke SOLAT HAJAT KUBRA PKPIM UIAM

Semoga berada didalam Rahmat Allah Subhanallahu Ta'ala...
Dengan rendah dirinya, Majlis Tarbiyyah PKPIM UIAM akan mengadakan SOLAT HAJAT KUBRA PKPIM UIAM pada :
~29 Oktober 2009 (Khamis)
~5.30pm - 9.15pm
~Surau Kuliyyah Engineering

Tentatif program...
5.30pm - 7.00pm: Bacaan Ma'thurat dan Usrah Gabungan
7.00pm - 8.45pm: Solat Maghrib / Solat Hajat / Kuliah Maghrib
8.45pm - 9.15pm: Solat 'Isya' dan Jamuan ringan

Dijemput sahabat-sahabat hadir. Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan ke dnt_uiam@yahoo.com atau melalui blog ini.
Syukran

~Hidup Biar Berjasa~

Timbalan Amirah 1
PKPIM UIAM

Thursday, October 22, 2009

YAUMUL MAHABBAH (FAMILY DAY) PKPIM UIAM

PKPIM UIAM Gombak menjemput:

SEMUA warga PKPIM untuk sama-sama memeriahkan



~~YAUMUL MAHABBAH PKPIM UIAM Gombak~~
25 Oktober 2009 / 6 Zulqa'idah 1430 H (Ahad)
8.00 Pagi hingga 1.00 petang
Convest Hill, UIAM Gombak
Pakaian: SUKAN
Yuran: RM 3.00 SAHAJA!!!

Aturcara Program:
7:30pg Berkumpul & Pendaftaran
Sarapan

8:30pgAktiviti memanaskan badan (Senamrobik)
Taklimat & pembahagian kumpulan

9:30pg Sukaneka:
- Pecahkan belon
- Buka kulit buah
- Isi air dalam botol
- Bagi getah menggunakan straw
- Cari gula-gula dalam tepung
- Tuju selipar@bowling selipar

11:30pg Penyampaian hadiah
Penghargaan kepada Graduan PKPIM UIAM
Makan tengahari
Penutup

1.03tgh Bersurai


Jemput beramai-ramai memeriahkan Hari Keluarga kita!!!!



"Memugar Ukhuwwah, Memperkasa Wehdah"

Friday, October 16, 2009

CINTA KAMPUS : MATLAMAT HALALKAN CARA


Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan dari ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh dari pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit dari dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh dari penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan ugama sebagai pasport untuk membuat kebaikan dari kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif.

Cinta siswa siswi senonimnya cinta anta anti.

Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah.



HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, dari sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.

Sumber : http://puteraazhari.blogspot.com/2009/10/cinta-kampus-matlamat-halalkan-cara.html

Sunday, October 11, 2009

Epilogku.....


Ya Allah..mengapa hati ini terlalu resah, gundah..
Saat aku bangun, makan, tidur...tidak dapat ku kecapi ketenangan anugerahMu Ya Allah..
Apa yang berlaku pada hati ini...
Aduhai jiwa..tenanglah dikau..
Ya Allah..kau kasihanilah hambaMu yang lemah ini..
Berilah aku kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang ini..
Jauhkanlah aku dari segala perkara yang boleh melalaikanku..
Aku takut Ya Allah..
Aku takut aku akan leka dari mengingati dan menyintaiMu...
Aku berserah kepada ketentuanMu...
Hanya Engkau lah tempat aku berserah dan mengadu...

Tuesday, October 6, 2009

Isu Kartika...


Hampir saban hari saya diundang dengan pelbagai isu, dan yang paling hangat di bincangkan tatkala ini adalah isu "Hukuman sebat ke atas Kartika, seorang wanita yang beragama Islam atas tuduhan meminum arak di khalayak ramai.

Pada mulanya, suka untuk saya mendiamkan diri kerana saya yakin dengan pendirian dan keputusan yang di buat oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. Akan tetapi, apabila ada pihak tertentu yang mempertikaikannya dan turut ikut campur, seperti Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina(JAG) dan Sister in Islam(SIS), saya dengan tegasnya tidak akan mendiamkan diri. Malah, rakan-rakan wanita saya yang beragama ISLAM dan mengamalkan cara hidup Islam yang inadh dan adil ini juga tidak akan mendiamkan diri!!

"Hukuman tersebut melanggar hak asasi manusia dan menjatuhkan maruah pesalah tersebut" ????

Pertama, Perlu diingatkan bagi mereka yang sangat memperjuangkan Hak wanita. Hukum meminum arak adalah antara hukum Allah kerana didalam Al-Quran telah ditetapkan bahawa meminum arak adalah HARAM bagi orang Islam tidak kira perempuan mahupun lelaki.. Dan perlu diingatkan juga bahawa hukuman bagi seseorang yang minum arak adalah 80 kali sebatan!! Kartika hanya dijatuhkan hukuman sebanyak 6 kali. Adakah itu melanggar hak asasi manusia? Apa yang dinamakan melanggar hak asasi manusia itu??? Kartika dengan rela menerima hukuman tersebut. Kenapa perlu dipertikaikan bahawa hukuman tersebut telah melanggar haknya sebagai manusia, wanita, dan hamba Allah??

Adakah hukuman yang diterima itu menjatuhkan maruah pesalah?? jadi, seorang wanita yang meminum arak dikhlayak ramai, adakah dia sendiri tidak merasa yang dia disaat itu dia menjatuhkan maruahnya sendiri sebagai seorang wanita Islam?

Oleh yang demikian, atas kesedaran yang ada pada Kartika, beliau redha dengan hukuman syariah yang ditetapkan untuknya. Ini adalah suatu perkara yang perlu dipuji kerana ia dapat menjadi iktibar bukan sahaja pada kaum wanita, malah juga kepada kaum lelaki.

Dan peringatan juga buat individu-individu termasuk kerajaan atau bukan kerajaan, harap dapat menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Syariah kerana kita tiada hak untuk mencampur tangan dalam apa jua keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah. Semoga Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang mencari keredhaannya. Wallahu'alam..