Monday, December 8, 2008

Selamatkan Generasi Kita....

Lama saya berfikir..setiap kali menonton televisyen, saya hanya menggeleng-geleng kepala. Nampaknya ramai yang terlepas pandang dengan rancangan mahupun iklan yang di pertontonkan di televisyen mahupun di VCD-VCD yang di jual di pasaran.

Kita tengok sahaja iklan-iklan sekarang. Contohnya iklannya hanya la minyak wangi, tetapi yang keluar adalah perempuan yang menyanyi dan memakai pakaian yang amat 'seksi'. Selain itu, iklannya hanya lah losyen badan, tetapi di pertunjukkan tubuh2 badan yang tidak sesuai dipertontonkan oleh umum. Malah ada juga iklan yang melibatkan perempuan dan lelaki berpelukkan. Adakah semua itu sesuai untuk di pertontonkan oleh umum? Yang dipertunjukkan pula kebanyakkannya kaum Hawa. Seoalah-olah maruah kaum hawa ini mudah untuk dipergunakan.

Itu hanya iklan, belum lagi kita membincangkan rancangan-rancangan yang semakin membimbangkan untuk di beri tonton umum. Dewasa kini, budak-budak mahupun remaja kian gian untuk menonton rancangan-rancangan yang ada di televisyen. Apatah lagi jika ada Astro dirumah. Sampaikan, masa mereka di cuti sekolah terutamanya banyak di habiskan di hadapan TV. Jesteru, bilakah masa untuk generasi-generasi baru ni dididik dan ditarbiyyah dalam menghadapi cabaran hidup dan mempelajari ilmu-ilmu Allah dengan mendalam??

Saya disini hanya lah memberi pandangan tentang situasi yang kian berlaku sekarang. Oleh yang demikian, jaga dan lindungilah generasi-generasi baru ini dari hanyut oleh pengaruh-pengaruh yang tidak sihat. Wallahu'alam

Friday, December 5, 2008

KASIH 08...





Alhamdulillah...termakbul juga doa saya untuk bertemu semula dengan adik-adik Program KASIH. Walaupun tak ramai dan hanya 2 minggu bersama, sudah cukup untuk saya tersenyum puas membimbing dan mendidik bakal mujahid dan mujahidah ini. Ustazah harap adik-adik dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu yang di curahkan oleh ustazah dan ustaz. Jadi lah anak yang soleh/ah, Jaga Akhlak dan Maruah. Yang paling penting, taati Allah, Rasulullah, dan Ibu bapa..Adik-adik lah harapan kami semua..:)

Thursday, November 13, 2008

Ayuh kita berjemaah...

Alhamdulillah..dewasa ini semakin banyak Jemaah Islam yang ditubuhkan dalam membawa satu matlamat dan tujuan iaitu 'Islam'.
Tapi, sahabat2 pernah terfikir tak kenapa penting sangat kita untuk berada dalam Jemaah ini..??
Antaranya...Supaya Manusia menyembah Rabb yang Maha Esa. Allah berfirman..'Tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku' (Adzzariyat:56) Kemudian, Allah Subhanahu ta'ala mengutus para RasulNya untuk menjelaskan tujuan yang mulia ini. Allah berfirman lagi..'Dan sesengguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat, Sembahlah Allah(saja) dan jauhilah para taghut' (AnNahl:36)

Selain itu, Jemaah Muslimin menjalankan prinsip 'Amar Maaruf Nahi Munkar'. Allah berfirman..'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada maaruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah.' (Ali Imran:110)

Sebagai hamba Allah dan Khalifahnya yang teramat sayang kepada pencipta kita (Allah), kita perlu menyampaikan Dakwah Islam kepada semua orang. Allah berfirman..'Dan demikianlah Kami telah menjadikan kamu (umat islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.' (Al-Baqarah:143)

Sahabat-sahabat..sementara kita masih diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, dan jiwa yang tenang..hargailah semua kenikmatan itu dengan menjadi seorang muslim/muslimah yang cintakan jemaah kerana Allah dan Islam.. Jangan jadikan jemaah sebagai tempat untuk kita memerangi jemaah Islam yang lain kecuali jika sesebuah jemaah itu terpesong atau membawa fitnah kepada Agama Islam (Ajaran Sesat). Allah berfirman..'Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.' (Al-Anfal:39)

UPSR 'Result' v English lang.

Pelbagai ragam dan keceriaan yg terpapar di dada2 akhbar pada pagi ini. Alhamdulillah tahun ni banyak peningkatan dalam keputusan UPSR. Tahniah buat adik2 yang berjaya.Moga berjaya didunia dan diakhirat.Seperti yang semua sedia maklum, mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik menjadi isu yang agak hangat baik dalam sidang parlimen mahupun daripada NGO..dan selepas keputusan ini dikeluarkan...apa yang hendak dikatakan lagi selepas ini..emm..
Apa yang dapat saya lihat, Bahasa Inggeris amat penting. Tetapi, kenapa perlu sangat di naikkan pembelajaran dalam Bahasa Ingeris di kalangan pelajar Sekolah sedangkan apabila berada di University, secara automatiknya kita perlu dan insyaAllah akan mahir dalam Bahasa Inggeris.

Sebenarnya, ini bukan ukurannya. Yang menjadi ukuran penting dalam isu ini ialah sejauh mana pelajar Sekolah mahir dalam penguasaan Bahasa Inggeris.. Dan dari situ wujud pelbagai pandangan terutamanya daripada ibubapa yang tahu tahap kemampuan anak2 mereka.

Ada setengah ibubapa menyokong penuh perkara ini..dan ada juga yang mengeluh kerana risau anak2 mereka tidak akan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang.

Apa pun, pada pandangan saya, sebelum kita membuat apa2 keputusan, bincanglah dengan sebaik2nya. Sebelum berkata sesuatu, fikir lah dengan sehemah2nya. Cuba untuk menerima pendapat semua orang. Jangan bertindak terburu2..Yang paling penting tengok pada kebaikan dan keburukannya..Kesan kepada semua orang. Sebagai contoh dalam untuk memperkayakan penggunaan Bahasa Inggeris. Adakah kita dapat pastikan yang Bahasa Melayu tidak akan diabaikan dan dapatkah kita menjaga Bahasa Melayu dari lenyap di telan zaman ke'inggeris'an..

Renungkanlah...

Tuesday, November 11, 2008

Isu 'Sajak Kematian'....


Berita Utama TV3 yang baru saya tengok tadi telah menarik perhatian saya. 'Sajak Kematian'. Menteri Pendidikan telah mengkriktik pendedahan video tersebut kepada murid tahap 1. Saya tertanya-tanya kenapa video tersebut tidak boleh ditontonkan kepada budak-budak? apa kesan vidoe tu kepada mereka?sejauh mana mereka faham maksud yang tersirat dalam video tersebut?
Saya cuba bertanya adik saya yang berumur 11 tahun. Dia telah menonton video tersebut. Saya teruja untuk bertanya pendapat dia mengenai video tu.
"Takut tak bila tengok video tu?" saya bertanya. Dia hanya menggeleng. Saya bertanya lagi.."kenapa?".
"Sebab da tau apa yang akan di tanya bila dalam kubur nanti..". Saya terkejut. Saya bertanya lagi. "Jadi, takut mati tak?". Dia menggeleng. Saya menarik nafas dalam2. Kemudian saya menasihati dia sebagai seorang kakak..
"dik, sebenarnya bukan kita yang jawab soalan2 tu. yang menjawabnya adalah iman kita. masa tu kan kita dah mati. macamana kita nak jawab. Kalau macam tu, x perlu lah kita solat atau ikut suruhan Allah dan meninggalkan larangannya kan..baik kita hafal saje 3 soalan tu kan..Orang kafir pun boleh senang masuk Islam dengan menghafal jawapan untuk soalan2 tu."
Adik saya hanya diam. Bukan maksud saya untuk menakutkan dia. Tetapi saya tak mahu adik saya salah tafsir dengan menonton video tu tanpa ada penjelasan tentang video tu.
Bagi saya, tak salah untuk menonton video yang memberi manfaat kepada semua. Lagi2 budak2 supaya mereka dapat memahami dari kecil lagi apa itu kematian dan sedar kematian itu boleh datang bila-bila masa sahaja.
Saya hairan kenapa video begini boleh diperbesar-besarkan sedangkan ada lagi isu yang lebih besar berkaitan dengan tayangan gambar seperti filem, drama dan animasi yang kurang elok atau boleh dikatakan 18SX yang semakin berani untuk di beri tonton oleh semua peringkat umur. Walaupun diberi peringatan terlebih dahulu, tetapi budak2 apa yang tahu. Lagi2 jika ada astro di rumah. Mereka hanya perlu menekan sahaja butang di 'remote control' dan terpapar lah rancangan2 yang hanya sesuai ditonton oleh ibu bapa mereka. Yang saya sediah, ada juga ibu dan bapa menonton rancangan tersebut bersama anak2.
Sekarang ni, bukan setakat rancangan TV, tetapi iklan juga sama. contohnya yang mendedahkan tubuh badan, berpelukan...dan bermacam2 lagi. Adakah semua ni sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur??Tepuk dada..tanya lah Iman..Wallahualam

Friday, October 31, 2008

Final Exam...

Sekarang ni musim peperiksaan..tentu ramai di kalangan sahabat2 yg sibuk mengulangkaji pelajaran..di ucapkan semoga berjaya di dunia dan di akhirat..

Periksa..periksa jugak ye..tapi antara kita dengan Allah jangan pula lalai. Ni la masanya juga Allah menguji kita. Kadang2 tu kita terlalu sibuk dengan nak lulus exam..study dari pagi sampai ke malam..sampai terlupa da solat zohor ke belum ye..asar td macam da solat..Al-Quran letak kat mana ye..akal jadi serabut. Otak da tak boleh nak berfikir dengan waras. Last2 bila da letih..da tension..terus tidur.

Ilmu amat penting.Tanpa ilmu..kita terumbang ambing..malah boleh sesat. Dengan ilmu, kita boleh berjaya. Dengan ilmu juga kita boleh dapat apa yang kita mahukan dalam hidup. Jadi belajar dan duduki la peperiksaan kerana kita sayangkan ilmu yang kita belajar selama ni. Ikhlas dalam mencari ilmu membolehkan kita menjadi seorang yang berjaya, yang soleh/ah, dan yang muhkhlisin..insyaAllah

Wednesday, October 8, 2008

Ustaz bertanya...


Kelas Usul Fiqh tadi memang hangat..boleh dikira setiap kelas, tentu saya mendapat Ilmu yang mungkin tidak semua yang tahu.Ilmu baru yang berkaitan dengan 'hukum'..Pengetahuan Ustaz berkaitan dengan hukum memang tidak boleh dipertikai kan lagi. Apatah lagi Ustaz merupakan salah seorang daripada ahli majlis fatwa.


Ustaz menerangkan tentang istilah 'Maaf zahir dan batin'..Ustaz kata istilah itu tidak sesuai untuk diguna pakai..sebabnya???

em..yang sebetulnya adalah 'Maaf awal hingga akhir' sebab dari awal pertemuan kita dengan seseorang sehingga lah akhir pertemuan kita, kita mungkin ada buat kesalahan yang kita sendiri tak perasan..Allah ada menerangkan dalam Al-Quran 'wal awal wal akhir wazzahir wal batin'..di sini Allah mengutamakan perkataan Awal dan Akhir dari perkataan Zahir dan Batin.


Sebagai contoh bila kita nak pulang beraya, kita ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf dari awal hingga akhir'..dan bila kita nk minta maaf dari 'ummi@ibu@mak kita, kita ucap 'Selamat Hari Raya. Maaf dari awal (dr benih ummi) hingga akhir hayat'.. Sebabnya bagaimana kalau Ibu kita tak redha dengan kita sepanjang hayat kita ni.


Selain tu jugak, Ustaz ada bertanya jika Ibu@ayah@kawan2 panggil kita, kita menyahut tak?..emm..tentu lah kan.Ustaz bertanya semula..jika Allah yang panggil atau seru kita..sebagaimana dalam Al-Quran'Yaa ayyuhallazina amanu kutiba 'alaikumussiam....'apa yang perlu kita jawab??

Semua berfikir. ada yang menggaru2 kepala memikirkan apa jawapan yang sesuai. Akhirnya macam biasa semua jawapan salah. Ustaz pun sambil tersenyum menjawab..'Labbaika ya Allah'. dan bila Rasulullah yang seru, kita jawab 'Labbaika ya Rasulullah'..


Kemudian salah seorang daripada kami bertanya lagi.."Ustaz, jika kita sedang solat, ibu bapa kita panggil. Apa yang perlu kita buat??

Ustaz pun jawab.."Jawab salam tu dulu". ni kerana waktu luas(solat) dan waktu sempit(jawab salam). Kita boleh solat semula nanti. Tapi, kita tak boleh tangguh untuk jawab salam. Bayangkan Ibu atau ayah kita panggil sejam yang lepas. baru kita jawab sekarang..emm..Allah memerintahkan supaya kita taat terhadap ibu bapa kan. Jadi, jawab la salam mereka dulu. Kemudian kita boleh sambung solat.


Islam itu memang mudah dan indah. ;)

Thursday, September 25, 2008

Ramadhan semkin berakhir....Aidilfitri bakal menjelma..



Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk kita berada di bulan yang mulia ini..macamana dengan iman sahabat-sahabat? tentunya lebih tinggi dari Gunung Everest kn..InsyaAllah;)

Mula sahaja bulan Ramadhan, masing-masing berkejar-kejar nak buat amal kebaikan.nak banyakkan ibadah..rajin ke masjid..bagus bagus bagus(ipin) tapi..jangan hanya pada bulan Ramadhan sahaja tau..bila da buat tu..kena lah istiqamah sampai bila-bila.

Iman ni kadang di atas..kadang dibawah.em..tapi, kalau boleh kita nak la ia di atas sahaja. tapi, kita ni manusia. tak lari dari nak buat silap. kadang-kadang kesilapan tu kita tak nampak..Jadi, Allah da bagi siap-siap jalan penyelesaiannya..selalu la meminta maaf kepada orang (jangan minta maaf hnya bila pegang beg baju, salam, dan ucap 'selamat bercuti dan selamat hari raya maaf zahir dan batin'). tapi..kena sentiasa minta maaf walaupun ianya salah kita sebab kalau kita tau orang tu yang salah, kita akan jadi takbur dan merendah-rendahkan diri dia..selain tu..rajin-rajin lah solat sunat taubat..tak lama. 2 rakaat je.tapi, hargailah 2 rakaat tu..doa banyak-banyak..anggaplah kita akan mati sekejap lagi.takut tak sempat nak minta ampun dari Allah.Na
uzubillah..

Sedih rasanya bila nak akhir Ramadhan..moga-moga segala amalan kita di bulan yang mulia ini diberkati dan diredhai oleh Allah. dan moga-moga kita dapat menikmati lagi Ramadhan pada tahun depan..


Nak akhir-akhir Ramadhan ni..tentu sahaja budak-budak yang paling suka.lagi-lagi upin dan ipin..;) mana tak nya hari kegembiraan bakal menjelma..tapi, bagi pendapat saya..ibu bapa sekarang kurang untuk mendidik anak tentang kelebihan dan keutamaan bulan Ramadhan ini. tetapi, sibuk bertanya raya kali ni nak pakai baju warna apa..fashion apa..nan buat kuih raya berapa jenis..

Patutnya sejak kecik lagi budak-budak perlu di didik tentang keistimewaan dan kelebihan bulan puasa ni. Baru lah mereka bersemangat nak berpuasa..macam upin dan ipin..

10 malam terakhir ini..malam lailatul qadar..beruntungnya siapa yang dapat.insyaAllah kalau sahabat-sahabat bersungguh-sungguh nak dapatkan malam yang penuh barakah ini, Allah akan membuka tirai rahsiaNya untuk kita merasakan keagungan dan kebesaran Allah.

Di kesempatan ini..saya ingin mengucapkan Salam Lailatulqadar buat sahabat-sahabat dan Selamat menyambut Aidilfitri.Berhati-hati ketika pulang ke kampung..Luahkan rasa kerinduan kita pada keluarga yang sudah lama tak berjumpa..Ikat lah tali persaudaraan sesama kita..Saling bermaafan..dan dari saya..maaf atas segala salah silap.mohon dibetulkan mana yang kurang..Wassalam.

Wednesday, September 24, 2008

Dimana Putera Puteriku...


Jauh di sudut hati saya tertanya-tanya..apa yang sedang dilakukan oleh Putera Puteri di luar sana..Adakah masih lagi leka dengan dunia khayalan mereka..atau sedang mencari-cari lagi erti kehidupan di dunia ini..atau mungkinkah sedang berduka cita diatas ujian yang ditimpa ke atas mereka..


bangkitlah Putera Puteriku...
Jangan lagi leka dengan dunia khayalan yang penuh dengan kepura-puraan ini..
Semua ini hanya akan membuat Putera Puteriku lupa akan tanggungjawab..
Lupa akan siapa diri kita ini...Lupa akan tujuan diciptakan kita di atas muka bumi ini..
Dan kita lupa akan kekasih kita..pencipta kita..ALLAH


Bangunlah Putera Puteriku..
Cukuplah tidurmu yang panjang..mimpimu yang enak-enak..dan lenamu yang selena-lenanya..

Janganlah kamu tertipu dengan angan-angan kosongmu..dengan nafsu duniamu..dengan mainan perasaanmu..
Semua itu tipu belaka..akan membawa kamu ke arah yang lebih buruk..akan menjadikan kamu leka..lalai..lupa akan tujuan kamu diciptakan iaitu sebagai Hamba dan Khalifah Allah..

Marilah Putera Puteriku..bersama-sama dengan Para Mujahid dan Mujahidin..berjuang dalam mencari keredhaan Allah..Buangkan perasaan 'Cintakan dunia dan Takutkan mati'..
Tahukah kamu bila kita akan mati..bagaimana kita akan mati..dimana kita akan mati..Wallahu'alam.

Puteriku sayang..saya sangat takut dengan Puteri-puteriku..
Tahukah Puteri-puteriku bahawa perempuan adalah paling ramai masuk neraka..
Sedarlah..jaga lah maruah kamu..taatilah suruhan Allah..buangkan rasa ego mu..Pertahankan rasa 'malu' mu..sama-sama kita bangkit melawan arus kemajuan dan kemodenan..jangan terpengaruh dengan budaya barat yang melampau..ikutan fashion yang keterlaluan..

Ikutilah apa yang telah digariskan didalam Al-Quran dan As-sunnah..

Kamulah harapan agama..
Aduhai Putera-puteriku sayang...




Saturday, August 23, 2008

Diaolg on AUKU amendement....

Sahabat-sahabat di jemput untuk hadir ke 'Dialog on AUKU amendement'
pada 29 OGOS 2008 di Main Auditorium, UIAM.



Friday, August 15, 2008

Sabarlah menghadapi Ujian....


Sudah agak lama saya tidak 'update' blog ini. Alhamdulillah, hari ini saya diberi kelapangan untuk mencoret sedikit berkenaan dengan 'ujian'.

Kita hidup di muka bumi Allah ini tidak lepas daripada pelbagai ujian yang menimpa. Kadang-kadang ujian itu menyenangkan kita. Kadang-kadang ia menyusahkan kita sehingga kita rasa berputus asa, 'down', mengeluh, dan bersangka buruk kepada Allah dengan menganggap Allah sengaja mahu mendatangkan kesusahan kpd kita. Astaghfirullahal'azim.

Allah ada berfirman di dalam Al-Quran bahawa sesungguhnya Allah akan menimpakan ujian kepada hambaNya yang beriman untuk melihat sejauh mana tahap keimanan kita. Adakah kita benar-benar ikhlas atau sekadar berpura-pura. Jika kita beriman, kita menempuh segala ujian, mehnah, atau trebulasi yang datang menimpa kita dengan sabar dan redha. Tetapi, jika kita mengeluh dan berputus asa dengan ujian yang mendatang, terbuktilah kita ini hanya berpura-pura dalam berjuang.

Berbahagialah bagi kita yang sentiasa mendapat ujian dari Allah kerana dari situ lah Allah melahirkan rasa kasih dan sayangnya kepada kita. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang berjuang dan Allah juga sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Lihatlah betapa besar dan hebatnya orang yang sentiasa berada dalam ujian dan sabar dalam menempuhnya. Sudah tentu ganjaran syurga menanti disana, InsyaAllah.

Ingatlah, ujian yang menimpa kita tidaklah seteruk dan segetir ujian yang ditimpa kepada Habibi Rasululllah s.a.w. dan para sahabat. Walaupun Rasulullah seorang yang ma'sum, yang dijanjikan syurga, baginda tetap juga ditimpa dengan pelbagai ujian bermula dari baginda lahir sehinggalah baginda menjadi Rasul terakhir bagi umat Islam. Begitu juga dengan para Sahabat baginda radhiallahu'anhu.

Baca lah sirah nabawiyyah dan kisah perjuangan Rasul-Rasul, Nabi-nabi, Khalifah Ar-Rasyidin, Para sahabat, dan pejuang-pejuang Islam. Di samping juga ulama-ulama dan tokoh-tokoh dahulu dan sekarang. InsyaAllah dengan selalu kita membaca kisah perjuangan mereka, semangat perjuangan kita takkan luntur dan kita dapat menempuh segala ujian yang mendatang dengan sabar dan redha. Wallahu'alam.

Tuesday, May 27, 2008

Isu Pemakaian Pelajar Perempuan....

Saya amat tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Kak Munirah berkenaan dengan Isu pekaian pelajar perempuan. Tetapi sayang, ada pihak yang tertentu yang menganggap isu ini sebagai bahan tawa dan hanya perkara yang remeh untuk dibincangkan, sedangkan ianya amat penting bagi umat Islam kerana ia berkenaan dengan 'Punca Keruntuhan akhlak'di kalangan pelajar perempuan.

Pakaian merupakan salah satu daripada keperluan hidup manusia. Jadi, ia boleh menjadi isu yang penting selain Isu 'Kekurangan makanan" yang melanda seluruh negara pada masa kini. Oleh yang demikian,saya mengambil serius isu ini. Saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Kak Munirah. Sebagai perempuan, kami ada hak untuk mengutarakan pendapat kami berhubung perkara ini. Mungkin ramai berpendapat pakaian pelajar bukan sebab yang membawa kepada 'keruntuhan akhlak' dan pakaian itu tidak boleh dikatakan seksi. Ya, kalau diikutkan logik akal,memang betul. Tapi, jika dibandingkan dengan pakaian seksi yang lain yang terdedah sana sini, pakaian pelajar perempuan tidak boleh disamakan. Kita lihat pula dari perspektif Islam. Pakaian yang diharuskan oleh syara' adalah pakaian yang tebal dan longgar. Tetapi, pakaian pelajar perempuan masa kini semakin nipis sehingga dapat melihat pakaian dalam mereka. Malah, ada juga yang membuatnya mengikut bentuk badan. Jika tudungnya labuh, mungkin ia tidak menjadi masalah, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bertudung kecil@tidak memakai tudung??

Saya mengatakan sedemikian kerana saya sendiri yang melihatnya. Kadang-kadang saya sendiri rasa malu melihatnya. Apabila individu-individu memberi pendapat pula, mereka hanya mentertawakan dan memandang serong dengan isu ini. Seakan-akan maruah seorang perempuan ni dipermainkan begitu saja. Dengar dan lihatlah wahai dunia...

Saya disini ingin memohon kerjasama dari semua pihak supaya kita tetap memperjuangkan isu ini. Ia nampak isu yang kecil dan remeh. Tetapi bagi kami Umat Islam yang peka dan amat mengambil berat dengan agama kami(Islam), kami tidak akan berdiam diri. Isu ini tetap kami pertahankan. Bagi individu-individu yang beragama Islam yang menganggap perkara ini adalah sesuatu yang remeh...didoakan semoga kalian mendapat Hidayah...insyaAllah..
Wallahu'alam..

Wednesday, May 21, 2008

Baby Amin

alhamdulillah..dapat juga saya merehatkan badan sekejap sementara baby Amin sedang tidur. Kelakar pula rasanya bila di fikir2kan. Pada mulanya saya sibuk mengisi borang, mencari di surat kabar kerja kosong sbgai seorg guru sandaran. Alhmdulillah. ada lah dapat. Tapi, tempat tu agak jauh dari rumah. Perlu menaiki public transport. Saya menolak. Last2 saya jadi 'baby sitter' kt rumah.:) Ape pun, seronok juga..Di samping dapat bantu Ummi menguruskan rumah, boleh jaga baby sekali. Rumah ni pun dah lama tidak dengar tangisan dan tawa bayi. Walaupun upah menjaga tak lah banyak sangat, tapi saya puas. Tengok je muka baby Amin buatkan saya tenang dan lupa semua masalah.

Macam kebiasaan..hari ni baby Amin menangis selepas ditinggalkan Ibunya. Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang bayi yg amat peka terhadap bau Ibunya. Teringat saya semasa kecil dahulu. Begini agaknya Ummi rasa semasa menjaga saya. Tapi, kesusahan Ummi lagi besar. Jarak saya dan adik2 dekat. Lagi2 jarak saya dan adik di bawah saya hanya 1 tahun.

Baby Amin da menangis. Berhenti di sini dulu...

Oh Fatimah...

Keputusan Mahkamah Syariah Pulau Pinang pada 8 Mei 2008 yang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah@Tan Ean Huang 39 tahun untuk kembali ke agama asalnya (Budhha)satu keputusan yg amat menggegarkan, bagaikan gempa bumi Sichuan di China.
Bagi umat Islam yg cintakan Islam sebagai agama yg di redhai Allah, keputusan itu amat pahit dan memilukan. Keputusan itu satu tragedi, satu kekalahan, dan satu malapetaka kpd masyarakat Islam.
Namun, bg penganut fikiran bebas, agama itu satu perkara peribadi dan bersyahadahkan konsep kebebasan serta berkiblatkan nafsu, keputusan itu adalah sesuatu yg disanjung dan bukan sahaja dihebahkan seluruh Negara dalam media perdana tetapi dilaungkan di seluruh dunia.

Fakta kes:
1. Siti Fatimah Tang bt. Abdullah ini telah memeluk Islam pada 25 Julai 1998
2. pada 16 September 2004 beliau telah berkahwin dgn seorang lelaki Iran bernama Ferdoun Ashanian
3. Suaminya, menghilangkan diri tanpa sebarang sebab 4 bulan selepas berkahwin (January 2005)
4. Siti Fatimah mendakwa tujuannya memeluk Islam adalah semata2 untuk berkahwin dgn Ferdoun
5. Belaiu memohon kepada mmahkamah syariah untuk dibenarkan murtad pd 10 Julai 2006

Sahabat2...mari kita renungkan dan fikir2kan kenapa semua ni berlaku. Apakah semua kesalahan harus diletakkan ke atas dia? ya..kita semua sungguh marah dgn keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Tetapi, sebelum itu.. mari kita sama2 renungkan semula fakta kes. Siti Fatimah telah masuk Islam 6 tahun sebelum mengahwini Ferdoun. Apakah dakwaannya yang mengatakan dia masuk Islam adalah semata2 untuk berkahwin dengan Ferdoun berasas?. Apa yang dia lakukan selama dia bergelar seorang Islam? mustahil dia tidak memahami erti syahadatain..Wallahu'alam.

Dikatakan juga 'Siti Fatimah tidak pernah mengikuti kursus atau kelas pengajian yg diatur oleh Unit Ukhwah krn jarang berada dlm negeri kerana mengikut suaminya..' Di sini jelas menunjukkan ada sedikit persoalan. Dia hanya bersama suaminya selama 4 bulan sahaja. Selama 6 tahun dia bergelar seorang Islam, takkan sekali pun dia tidak mengikuti kursus yang diatur Unit Ukhwah? Di manakah dia ketika itu yang masih solo?

Di sini ingin saya merumuskan sedikit. Kita tidak boleh menjadi patung dalam bangunan. Hanya menunggu orang datang kepada kita untuk memberi bantuan. Sepatutnya kita perlu cari inisiatif lain. Contohnya pergi ke rumahnya dan mengajar di situ. Ataupun hantar sahaja Ustaz2 atau Ustazah2, Ahli2 Tabligh, Persatuan2 Islam atau Mahasiswa untuk berda'wah di situ. Saya memberi cadangan supaya PKPIM, PERKIM, ABIM, PAS, WUFI, dan seluruh NGO di Malaysia ini bergabung tenaga membentuk satu badan yang mengendalikan mu'alaf2 dan permasalahan murtad dengan kerjasama Mahasiswa2 Islam di seluruh negara. InsyaAlllah.

Monday, May 12, 2008

Muktamar PKPIM...

'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka', maka pekataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: 'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung'. (Ali-Imran: 173)

Tanggal 10 Mei 2008 adalah saat yang amat meresahkan hati saya. Saya telah dipilih oleh Allah untuk memegang Amanah yang amat berat. walaupun saya tahu tugas itu adalah suatu yang tidak asing bagi saya. Namun, entah kenapa tiba-tiba hati saya terasa berat. Badan saya lemah. Jiwa saya bergetar. ALLAHUAKBAR!!!
Ya Allah..tetapkan lah hati hambamu ini..
Sehingga suatu saat, saya sudah tidak dapat menahan lagi air mata ini. Saya berlari ke arah insan yang bernama sahabat yang sama-sama berjuang dalam memperjuangkan agama Allah ini. Dibahunya saya menangis. Ingin saya melepaskan segala keresahan dan ketakutan saya untuk membawa agama Allah ini. Terasa kerdil dan hinanya saya dihadapan Rabbi.
Dihadapan saya..terlihat insan-insan yang dahagakan tarbiyyah. Yang mengharapkan sesuatu daripada saya. Saya bukan melihat seorang. Tetapi beribu-ribu orang. MasyaAllah. Allahuakbar!
'Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir'. (ali-Imran: 147)

Apa yang pasti, segala ketentuan Allah ada hikmah disebaliknya. Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menikmati alam perjaungan. Memberi saya peluang merasa keperitan dan kemanisan sunnah orang berjuang. Terima Kasih Ya Allah. Saya tahu, ujian yang Allah berikan kepada saya hanya sedikit berbanding dengan apa yang dilalui oleh Zainab al-Ghazali al-jubaili, seorang aktivis Islam yang saunggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Musilmin di Mesir. Beliau adalah salah seorang yang menjadi Role model saya dalam perjuangan ini. InsyaAllah.

Menjadi Asst.HC Da'wah dan Tarbiyyah bukan amanah yang mudah. Apa ada pada jawatan. Yang penting Amanah yang dipikul perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Saya perlu banyak bergerak daripada bercakap. Itu prinsip yang saya pegang. Oleh sebab itu saya kurang bercakap dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Buat sahabat2 seperjuangn..saya ingatkan untuk diri saya dan juga sahabat2..kita perlu cepat bertindak. Jangan banyak berehat. Seperti kata-kata yang pernah diucap oleh Zainab al-Ghazali..' Ya, kita bukan mengejar masa. Masa yang bertahun-tahun, puluhan tahun, ratusan tahun, bukan penting bg umur da'wah dan umat. Tetapi yg penting ialah kita mesti bertahan diatas jalan kita dgn penuh keyakinan, kesejahteraan langkah dan kejelasan pemikiran'.

Moga saya bersama dengan sahabat2 seperjuangan sama2 dapat berdiri teguh dan tetap pendirian dalam menegakkan kebenaran ini. Jangan kita mudah mengalah, banyak ketawa, dan cepat melatah. Tetapi menangislah. Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengalir kerana takut kepada Allah, menanggung keperitan dalam berda'wah, melihat segala maksiat yang semakin berleluasa terutamanya oleh saudara Islam sendiri adalah suatu nikmat yang dapat merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang kita kepada Allah.. ingalah kepada kematian. Entah hari ini, esok, lusa, tulat..Allah akan mengambil kembali hakNya kerana kita didunia ini hanya lah pinjaman semata-mata. Kita adalah milik Allah yang abadi..:)

Salam perjuangan. ~HIDUP BIAR BERJASA~

Monday, April 7, 2008

Filem Melayu..huh!!!


Sekarang ni semakin bnyk drama dan filem melayu ditayangkan. Saya tidak langsung berminat utk menonton kerna awah abah xbg kami adik-beradik tonton cerita melayu sejak kecil. Saya sering tertanya2 mengapa. Apa salahnya tgk cerita melayu. Tapi, semakin saya dewasa, semakin saya tahu sbb kenapa abah xbg tgk cerita melayu. Saya telah tgk bnyk filem2 melayu. Tapi, itu sekadar hendak tahu kenapa filem tu popular..seperti anak halal, mukhsin, gubra, haru biru, rempit...dan saya dah x ingat dah.. tp, masyaAllah..rasa geram membuak2 bila tgk perlakuan x senonoh rakyat malaysia yang beragama islam yang dah aqil baligh...

Yang lagi saya x fahamnya kenapa filem melayu sekarang bnyk menayangkan cerita yang menonjolkan perlakuan x senonoh anak2 muda..yang terbarunya Akhirat dan Drift(x ingt tajuk cerita tu)..niat mmg baik nak bg kesedaran. Tapi, elok ke klu berpeluk sana sini. Buat macam suami iseri...Astaghfirulahal'azim.. Yang lg peliknya mana maruah kita? snggup ke tgk isteri/suami kita berpeluk2 dgn org yg bukan mahram. Yang seronok merasanya orang tu..Ini la yang di namakan dayus. Tahukah yg dayus ni adalah antara dosa besar..


Saya bukan nak cakap..tp ini lah dinamakan Islam Hadari..Betul ke?ni apa yg saya nmpak la..smpai sekarang sbnrnya saya x jelas islam hadhari ni. tp yg saya tahu xde dalam Risalah Rasulullah utk membawa Islam Hadhari..Islam modern yg mementingkn kemewahan dan kesenangan semata2 daripada bnyk beribadat kpd Allah..

Buat sahabat2..xperlu lah tgk sgt filem2 melayu tu. Kalau nk tgk pn biarlah kita tgk utk da'wah kita..utk pnduan kita dlm berda'wah.

Cuti Semester bermula...

Final exam baru sahaja selesai..lega sangat.tp tak boleh lama-lama..tu hanya jihad kecil.bnyak lagi perkara yg perlu dilalui dalam hidup ini. semakin bnyk cabaran hidup, semakin kuat kita perlu tabah dan sabar menjalani liku-liku kehidupan ini. yang penting, kita mesti selalu ingat kepada kematian. hidup ni tak selamanya dalam keperitan dan tak selamanya dalam kesenangan. Jangan ada rasa berputus asa sebab ia akn mengundang kepada sikap buruk sangka terhadap Allah. Syukuri lah apa sahaja ujian yang menimpa kerana melalui itulah Allah menzahirkan rasa kasih dan sayangnya terhadap kita.

Cuti 3 bulan ni perlu dirancang dgn sebaiknya...masa bersama keluarga dan program. Setakat ni ada beberapa program yang sedang menanti.diary pun dah penuh. Esok saya akan berangkat ke Telok Batik. Kursus Fasilitator bwh Unit Cocuriculur UIA. Ramai yang bertanya kenapa saya apply untuk menjadi naqibah sedangkan saya ada bnyak komitmen lain. Ni lah namanya apa yang berlaku dalam kehidupan kita ni semua atas perancangan Allah dan di sebalik itu kita akan nampak hikmahnya tak kiralah ianya mendatangkan keburukkan mahupun kebaikkan kepada kita. Sebenarnya segala keputusan yang saya buat dalam hidup saya bergantung kepada kata hati nurani saya dan pengalaman. Mungkin setiap orang mempunyai cara yang pelbagai untuk membuat keputusan. Allah telah bagi kita 1 panduan untuk kita membuat keputusan yang baik iaitu Solat Istikharah.

Ah...rindunya kepada Kg. Rantau. malam ni sahabat2 semua akn pergi. Sekali lagi saya membuat keputusan untuk ke Kursus Fasilitator daripada bersama sahabat2 tersayang ke kg. rantau. Bnyak kenangan disana walupun saya hanya seketika bersama mereka. Kesian pada mak saya disana. Sebenarnya saya suka panggil mereka mak dan bapak kerana mereka akan rasa bangga dan suka. Lagipun panggilan itu akan mengikat lagi tali persaudaraan saya dan mereka. Kita semua setaraf sahaja disisi Allah. Jadi tiada perbezaan antara kita dan masyrakat orang Asli. Mak...maaf kan anak.InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita dapat bertemu lg.

Jumaat ni keluarga saya akan bertolak ke Kedah untuk menghadiri konvokasyen adik di bawah saya. Mungkin tak semua yang pergi. Saya juga tidak diizinkan untuk ikut serta sekali sbb Kursus tu tamat pada hari Jumaat. Mungkin juga ada adik saya yang tak pergi. Jadi, saya kena jaga rumah.

Ahad atau Isnin ni saya akan bertolak ke Terengganu pula untuk menemani Sahabat saya berubat. Tak tahu lagi bila akan kembali semula ke sini. Mungkin tak lama sbb saya sdg isi borang utk mohon menjadi guru sandaran. Sekurang2nya ringan sikit beban ummi utk bg duit perbelanjaan saya naik sem nnti dan duit tu juga saya nak guna utk pergi program yang memerlukan tambang.

banyak lagi perkara yang perlu saya fikirkan. Moga Allah permudahkan urusan saya. Ini lah jihad saya....

Friday, March 7, 2008

Tugas Muslimah dalam Pembentukkan Ummah

Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentang kedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna.

MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN SAQAFAH
Adalah wajib bagi seseorang wanita Islam untuk memperlengkapkan dirinya dengan SAQAFAH SYARA'IYAH iaitu saqafah yang berkaitan dengan hukum-hukum syara' terutama yang menyentuh fardhu 'ain yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslimah. Begitu juga SAQAFAH MA'SIROH iaitu saqafah yang berkaitan dengan pengetahuan semasa seperti realiti yang ada dari semasa ke semasa di negara kita dan juga di luar. Begitu juga mengetahui dengan memperlengkapkan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia untuk menjadi seorang yang benar-benar ahli bagi melaksanakan tanggungjawabtanggungjawab untuk dirinya, masyarakatnya serta untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dalam maksud inilah maka di sini disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anggota-anggota muslimah.

penyunting Mustafa Ramadhan
Al-Mukminah As-Solehah

PAKAIAN DAN PERHIASAN
ISLAM memperkenankan kepada setiap muslim, bahkan menyuruh supaya geraknya baik, elok dipandang dan hidupnya teratur dengan rapi untuk menikmati perhiasan dan pakaian yang telah dicipta Allah.Adapun tujuan pakaian dalam pandangan Islam ada dua macam; iaitu, guna menutup aurat dan berhias. Ini adalah merupakan pemberian Allah kepada umat manusia seluruhnya, di mana Allah telah menyediakan pakaian dan perhiasan, kiranya mereka mahu mengaturnya sendiri. Maka berfirmanlah Allah s.w.t.:

“Hai anak-cucu Adam! Sungguh Kami telah menurunkan untuk kamu pakaian yang dapat menutupi aurat-auratmu dan untuk perhiasan.” (al-A'raf: 26)

Barangsiapa yang mengabaikan salah satu dari dua perkara di atas, iaitu berpakaian untuk menutup aurat atau berhias, maka sebenarnya orang tersebut telah menyimpang dari ajaran Islam dan mengikuti jejak syaitan. Inilah rahasia dua seruan yang dicanangkan Allah kepada umat manusia, sesudah Allah mengumandangkan seruanNya yang terdahulu itu, dimana dalam dua seruanNya itu Allah melarang keras kepada mereka telanjang dan tidak mahu berhias, yang justru keduanya itu hanya mengikuti jejak syaitan belaka. Untuk itulah maka Allah berfirman:

“Hai anak-cucu Adam! Jangan sampai kamu dapat diperdayakan oleh syaitan, sebagaimana mereka telah dapat mengeluarkan kedua orang tuamu (Adam dan Hawa) dari sorga, mereka dapat menanggalkan pakaian kedua orang tuamu itu supaya kelihatan kedua auratnya.” (al-A'raf: 27)

“Hai anak-cucu Adam! Pakailah perhiasanmu di tiap-tiap masjid dan makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan (boros).” (al-A'raf: 31)

Islam mewajibkan kepada setiap muslim supaya menutup aurat, dimana setiap manusia yang berbudaya sesuai dengan fitrahnya akan malu kalau auratnya itu terbuka. Sehingga dengan, demikian akan berbezalah manusia dari binatang yang telanjang.

Seruan Islam untuk menutup aurat ini berlaku bagi setiap manusia, kendati dia seorang diri terpencil dari masyarakat, sehingga kesopanannya itu merupakan kesopanan yang dijiwai oleh agama dan moral yang tinggi. Bahaz bin Hakim dari ayahnya dari datuknya menceriterakan, kata datuknya itu:

"Ya, Rasulullah! Aurat kami untuk apa harus kami pakai, dan apa yang harus kami tinggalkan? Jawab Nabi. 'Jagalah auratmu itu kecuali terhadap isterimu atau hamba sahayamu.' Aku bertanya lagi: 'Ya, Rasulullah! Bagaimana kalau suatu kaum itu bergaul satu sama lain?' Jawab Nabi, 'Kalau kamu dapat supaya tidak seorang pun yang melihatnya, maka janganlah dia melihat.' Aku bertanya lagi: 'Bagaimana kalau kami sendirian?' Jawab Nabi, 'Allah tabaraka wa Ta'ala, lebih berhak (seseorang) malu kepadaNya." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah, Hakim dan Baihaqi)

2. Hikmah Dibolehkannya Untuk Wanita: Dikecualikannya kaum wanita dari hukum ini adalah untuk memenuhi perasaan, sesuai dengan tuntutan sifat kewanitaannya dan kecenderungan fitrahnya kepada suka berhias; tetapi dengan syarat tidak boleh berhias yang dapat menarik kaum pria dan membangkitkan syahwat.

Untuk itu, maka dalam hadis Nabi diterangkan: "Siapa saja perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian melalui suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka perempuan tersebut dianggap berzina, dan tiap-tiap mata ada zinanya." (Riwayat Nasai, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Dan firman Allah yang mengatakan: “Janganlah perempuan-perempuan itu memukul-mukulkan kakinya di tanah, supaya diketahui apa yang mereka sembunyikan dari perhiasannya.” (an-Nur: 31)

3.“Katakanlah! Tuhanku hanya mengharamkan yang jelek, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan dosa, dan kejahatan yang tidak benar, dan kamu menyekutukan Allah dengan suatu yang Allah sama sekali tidak menurunkan hujjah, dan kamu mengatakan atas (nama) Allah sesuatu yang kamu tidak tahu.” [Qur’an Surah Al-A'raf 7: 33]

AlQaradhawi : halal haram dlm Islam

Di sisi Mujahid ada Mujahidah


Di sisi mujahid ada mujahidah

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

Wednesday, March 5, 2008

6 Teka-teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam beliau bertanya beberapa hal. Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?. "
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (QS. Ali Imran 185)

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar, ujarnya, adalah "MASA LALU." Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (QS. Al- a'araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (QS. Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali. Namun menurut beliau yang paling ringan di dunia ini adalah 'meninggalkan SHALAT'. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan shalat, gara-gara meeting kita juga tinggalkan shalat.

Lantas pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al-Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah "lidah MANUSIA" [jadi ingat dengan seorang Kyai Haji yang sudah tua tetapi yang kadang-kadang suka ceplas-ceplos yang kurang baik tentang Islam - red, dan semoga kita semua diampuni Allah SWT karena kadang kita lalai dalam menjaga lidah/ucapan kita sendiri]. Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sunday, March 2, 2008

Sebarang kemusykilan berkenaan wanita.....




Assalamualaikum...


Buat saudari2...sahabat2..teman2..yg dikasihi Allah..Di sini saya dengan rendah diri mengajak kalian utk bertanya atau berdiskusi tentang permasaalahan wanita..


Oleh itu, sebarang kemusykilan atau luahan permasalahan boleh emailkan kepada saya..Raudhah (raudhatul_illiyin@yahoo.com) atau hantar comment di blog ini atau melalui yahoo messenger (raudhatul_illiyin)... Syukran

Pilihan Raya......



Bahang dan kehangatan PILIHAN RAYA UMUM kian terasa sejak akhir2 ini. Buka saja surat khabar, masing2 ingin mempromosi kebaikan, kebijaksanaan, dn ketampanan masing2. Selain tu juga..ada yg mengambil kesempatan menaburkan fitnah, tomahan..semata2 mahukn diri ini lebih dari org lain. Kuasa, harta, pangkat, dan nama menjadi mainan bakal2 pemimpin. Bahkn perkelahian dan persengketan berlaku dikalangan pemimpin Islam.
Sebenarnya perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dikalangan mereka yg mempunyai ilmu pengetahuan. Kadang-kadang saya tertawa sendiri. Di UIA saya sentiasa mengikut perkembangan PILIHAN RAYA di Utusan Malaya. Bila tiba dirumah, saya membaca Harakah. Saya tertanya-tanya sendiri..yg mana satu betul. Di Harakah kata begini..di Utusan pula sebaliknya.

Apa yg saya ingin katakan disini, bukan lah saya tidak berminat dgn politik. Tetapi agak sedih juga kerana Pemimpin zaman sekarang hanya memandang kepada dunia. Lagi-lagi kebanyakan mereka menyogok rakyat dgn kemajuan, kekayaan dunia, harta….yg mana ia akan menjadikan rakyat lalai, malas, dan lebih sedih apabila rakyat sudah senang dgn apa yg dimiliki…lupa pd pencipta..pd Dia yg member ni’mat dan rezeki..Astaghfirullahal’azim…

Tamrin Qiyadi CENFOS, PJ



Baru tiba di tpt program.


Bersama adik-adik CENFOS PJ. Bergambar kenangan di Hentian di PERAK.


Menjadi Tukang Masak bersama Sahabat sejati..Sumayyah =)

Alhamdulillah..tercapai juga hasrat utk bersama adik2 mengikuti Tamrin Qiyadi. Akak harap adik dapat mengutip sebanyak ilmu yg adik perolehi dari program ini. Jadi la mujahadah dan mujahidah yg sayangkan Islam. Terus memikul tanggungjawab dalam mmbawa risalah Rasulullah ini. Adik-adik lah pejuang dan pemimpin Islam..InsyaAllah=)






Gadisku.....



Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.

Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku… dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Gadisku, mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Renung2kanlah wahai gadisku …

Wednesday, January 30, 2008

PENTINGNYA PENYUSUNAN DAN PERENCANAAN YG RAPI DLM JEMAAH..=)



"Tidak sepatutnya bg orang2 mu'min itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi tiap-tiap golongan antara mereka beberapa orang utk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang addin dan utk memberi peringatan kpd kaum mereka apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka dpt menjaga
dirinya"

(At-Taubah :122)




Bidang-bidang Penyusunan dan Perencanaan dlm Jamaah Islam

Jamaah Islam perlulah menekankan penyusunan dan perencanaan dalam bidang2 berikut;


  1. Strategi Keseluruhan untuk mencapai Matlamat --> Pada dasarnya jamaah Islam mestilah jelas terhadap kaedah-kaedah perjuangan sebagaimana yg telah di gariskan oleh manhaj Nabawiyah. Bertolak dr situ, jamaah Islam perlu merangkakan dasar2 umum utk melaksanakan perjuangan serta polisi khusus utk menggerakkan program2nya. Gabungan drpd kedua2 dasar umum dan polisi khusus inilah yg dinamakan strategi keseluruhan jamaah. Jamaah Islam perlu merangka satu strategi yg btul2 tepat dgn garis2 syara' serta berpatutan dgn kemampuannya serta kemampuan ahli2nya. Tanpa adanya strategi yg jelas maka akn sukar bg jamaah Islam utk melaksanakan tugas2 da'wahnya. Disamping itu, diantara bidang utama dlm merencanakan strategi ini adlh kemampuan qiadah utk menjelaskan strategi tersebut kpd ahli2 dgn cara yg paling tersusun dan berkesan.

2. Tarbiyyah Ahli2 Jamaah dan Pendukung2 Perjuangan Islam --> Jamaah Islam hendaklah mengambil berat terhadap pentarbiyyahan ahli2nya.Peningkatan mrk hendaklah direncanakan dgn baik dan tidak dibiarkan berlaku tanpa sebarang pengarahan. Jamaah hendaklah menyusun tanzim tarbiyyah yg dapat memudahkan peningkatan ahli2nya. Nizam khusus juga perlu diwujudkan bg meningkatkan ahli2 supaya mrk mencapai ke peringkat ulama yg mujtahid. Disamping itu, jamaah Islam juga perlu merencanakan pentarbiyyahan pendukung2 perjuangan Islam. Ini penting krn mrk merupakan tapak2 kuasa yg dpt meneguhkan kedudukan perjuangan Islam dlm masyarakat. Perencanaan tarbiyyah ke atas mrk akn membolehkan jamaah Islam membentuk mrk dgn kefahaman Islam yg sewajarnya. dgn pentarbiyyahan spt ini sokongan mrk terhadap perjuangan Islam adlh disebabkan oleh iman dan fikrah, bukan krn ikutan atau sentimen semata2.


3. Jentera2 Pentadbiran dan Jentera2 Bertindak dalam Tanzim --> Jamaah Islam perlu mementingkan penyusunan jentera2 pentadbiranya supaya segala tugas dalam dan luar dpt dilaksanakan dgn sempurna. Pembahagian bidang2 kerja antara jentera2 pentadbiran atau badan2 bertindak dlm tanzim ini perlulah jelas supaya penindihan kerja tidak berlaku. Sebarang penindihan kerja hendaklah dielakkan kerana ia akan hanya membazirkan masa dan tenaga jamaah yg sgt berharga. Perhubungan antara badan2 bertindak dlm tanzim hendaklah direncanakan dgn rapi krn dgn perhubungan yg baik kelicinan kerja dpt dicapai. Dalam rangka ini juga jamaah perlu merencanakan pengagihan ahli2nya dlm bidang2 kerja menurut kemampuan, kesesuaian, serta potensi masing2. Perencanaan yg baik dlm pengagihan tenaga manusia dalam tanzim akan mengemaskan lg jentera2 pentadbiran serta badan2 bertindak dlm tanzim jamaah. Pengagihan tenaga manusia dlm tanzim juga perlu mengambil kira kemaslahatan jangka pendek dan jangka panjang ataupun pencapaian strategi jamaah Islam pd masa hadapan.




Tuesday, January 22, 2008

Kasihku di Tanah Suci...


Alhamdulillah, akhirnya diri ini berjaya juga menjejakkn kaki ke Tanah suci. Tempat yg sering diidamkan oleh kita semua..Bermula dengan urusan visa, pasport,tiket kapal terbang,dan sebagainya..semuanya berjalan dgn lancar dgn izin Allah. Sebelum ni saya sering juga dgr perkara yg tidak diingini boleh berlaku sblm menjejak kaki ke sana. Maksudnya kat sini, bkn mudah Allah nak izinkan kita ke Tanah suci. Lagi2 rumah Allah. Tapi Allah maha penyayang. Allah sayang sgt kt hambanya!!..Best dpt kasih sayang Allah kan..Allah menarik sedikit kesenangan dr kita..tp dibalas dgn segunung kebahagiaan...MasyaAllah..emm..Jadi jgn sekali2 berburuk sangka dgn Allah tau!!.

Penerbangan Brunei Airlines yg saya sekeluarga naiki mengambil masa lbh dari 8 jam.Tapi sblm tu kami perlu transit di Brunei dulu. Lama juga. Masa tu badan je kat situ. Hati da kat sana..=)
Sampai saja di Jeddah masa tu dah malam. Ramai sgt org kat Airport Jeddah. Setelah selesai urusan kat situ, bas yg akan menemani kami sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Madinah, dan seterusnya ke Mekah sudah menanti ketibaan kami. Walaupun penat, tak dapat saya bayangkan perasaan ketika itu. Betapa saya mensyukuri ni'mat dan kesempatan yg Allah berikan.
Perjalanan dari Airport Jeddah ke Madinah Al-Munawarah mengambil masa sejam. Saya memerhati pemandangan di sepanjang perjalanan. kosong. yang ada hanya la fun fair. Pelik juga. Kenapa hanya ada fun fair. Tapi soalan tu saya hanya simpan dalam hati. Sesampai sahaja di Madinah, saya seperti tidak percaya yg hotel tpt kami menginap betul2 mengadap Masjid Nabawi dan Baqi'. Tiba2 teringat arwah abah. Disitu lah arwah abah dikebumikan. di Baqi'. Alhamdulillah. Arwah abah disana bersama para syuhada.


Tidak lama kemudian waktu Subuh masuk. Disana waktu Subuhnya lebih kurang jam 3.30pagi. Kalau diikutkan memang awal. Tapi, suatu perubahan yg dapat saya rasakan adalah saya tidak merasa mengantuk. Mana taknya..masa ni lah masa yg paling best untuk berada di atas katil kalau di Malaysia. Tetapi di sana..Subhanallah..

Di masjid Nabawi, saya sempat ke 'RAUDHAH' untuk melawat makan Rasulullah dan 2 sahabat baginda yg tercinta (Abu Bakar dan Umar). Saya mengambil kesempatan ini berdoa, dan salah satunya adalah mengharapkan agar saya juga akan mati di tanah suci. InsyaAllah...
Saya menghabiskan masa dgn sebaiknya di Madinah kerana kami disana hanya 3hari. Sedih juga sebab cepat sangat. Tetapi kata2 Ustaz Abdullah selaku Ustaz yg membawa rombongan kami ini menyedarkan saya. Ustaz mengingatkan kami akan tujuan asal kami, iaitu mengerjakan umrah. Kami perlu berangkat ke Mekah. Sebelum berangkat ke Mekah, Ustaz menyuruh kaum rijal untuk memakai ihram dan pastikan ada air sembahyang.



Sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah, mata saya tidak lepas2 memandang ke luar. Saya ingin melihat tempat dimana bas yg arwah abah naik terjatuh dalam gaung. Baru lah saya tahu bahawa sepanjang perjalanan, di kiri kanan saya hanya ada kawasan lapang yang dipenuhi debu, bukit2 dan juga gaung. Mungkin disekitar sinilah bas arwah abah terbabas dan kemalangan.

Setiba sahaja di Mekah, kami terus melakukan Umrah pertama. Untuk Umrah pertama ini, Ustaz banyak mengajar kami. Kami hanya mengikut sahaja. Bermula dengan tawaf di kaabah sehinggalah sa'i antara safa dan marwah. Setelah selesai, kami balik ke tpt penginapan. Saya bersyukur sekali lagi kerana hotel kami hampir dgn Masjidilharam. Di bahagian Babussalam. Babussalam adalah antara pintu2 yg berada bhgn tengah Masjid.

Semasa di dalam bilik, ummi tiba2 beritahu kami sesuatu...Salah seorang dari rombongan saya rupanya tidak nampak kaabah..Apabila dia tgk kami tawaf, dia ikut sahaja sedangkan masa tu dia nmpak ditgh2 tu kosong. Kaabah tidak ada..Bila difir2 balik cerita ini, saya jadi makin dekat dgn Allah. Saya tak mahu Allah tarik ni'mat itu..

Setelah hampir 2 minggu disana, tibalah masa untuk pulang. Sepanjang berada di sana, kalau dapat ditadah air mata ni, memang tak cukup satu besen besar..sepanjang masa menangis..mata ni pun dah bengkak2. Tapi tangisan itulah yg membuatkan hati ini tenang, damai, dan bahagia. Terasa Allah berada disebelah kita.Alangkah indahnya ni'mat itu...

Saya akhiri cerita saya di sini sahaja. Saya mendoakan agar sahabat2 dapat menjejakkan kaki ke sana juga. Sentiasalah berbaik sangka dgn Allah..Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, InsyaAllah..Amin.

Sunday, January 20, 2008

kerinduan....

Arwah Abah..Ustaz Hj. Mawardi b. Ilyas

Angin petang tak dapat memujuk diri ini tatkala teringat seseorang yang amat ku rindui. Perginya sudah tidak akan kembali lg. Letih, Penat, Putus asa..sering bermain dengan hati. Tiba2 terngiang2 di corok telinga ini lagu yg dipopularkan oleh Mestica..

Dalam derita ada bahagia..Dalam gembira mungkin terselit duka..tak siapa tahu tak siapa pinta ujian bertamu..Bibir mudah mengucap sabar..tapi hati lah yg remuk menderita..Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran..

Rindunya..!!! Ya Allah..tenangkan lah hatiku..Apakah aku sedang berputus asa kepadamu.. Aku takut Ya Allah...Aku masih belum cukup mengecapi Kasih dan Sayangnya..Aku masih banyak berhutang dgnnya...dia masih belum melihat aku berjaya Ya Allah...!!!

Abah...maafkan Angah. Abah bnyk berkorban untuk kami. Abah tak pernah mengeluh tika kami adik-beradik merebut2 makanan untuk makan. Abah sentiasa tersenyum. Wajah ketenangan Abah masih terbayang2 di mata ini. Tamparan Abah masih melekat di pipi ini tatkala Angah di tolak tawaran untuk memasuki MAahad Muhammadi Lilbanat. Abah sungguh marah. Tapi aku pd ms itu hanya tahu menangis. Apa yg perlu aku lakukan...Abah..Angah akhirnya berjaya juga memasuki Sekolah Agama Arab yg Abah impikan. Sama dgn Along. Tapi Abah tak sempat untuk merasai kegembiraan yg angah kecapi. Abah sudah pergi jauh.

Sekarang Angah sudah berjaya menjejaki menara gading. Alangkah indahnya andai Abah turut sama berada di sisi Angah..

Ummi..ketabahan ummi membesarkan kami di rumah kecil ini tak dapat di tandingi oleh sesiapa. Ummi sungguh tabah, sabar, penyayang.. Adakalanya ummi menangis melihat kedegilan dan kenakalan kami adik-beradik. Tapi, ummi pandai mengawalnya..Ummi..Angah dah tak nak melihat mata ummi yg sering berair. Ummi sering menahan air mata dari gugur ke bumi..Ummi tak mahu melihat kami sedih...Ummi selalu menyembunyikan kesedihan ummi...

Abah..Moga rohmu dicucuri rahmat..
Ummi..Moga ketabahanmu menjadikan Angah kuat dalam menempuh hari2 yang mendatang.

Ya Allah..Moga ujian yg mendatang kpdku ini dapat ku hadapi dgn Sabar dan Tabah. Tiuplah semangat Jihad dan Cintaku kpdMu..Jauhkan lah diriku dari godaan nafsu dan syaithan. Moga aku di pelihara dari tipuan dunia... Amin..

Ketika Berjauhan Masih ku rasa
Hangat Kasihmu Ayah..
Betapaku rindukan tenang wajahmu
Hadir menemaniku..
Terbayang ketenangan yg selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata..
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuatanTerpancar kebanggaan dalam senyummu
Melihatku berjaya..
Bilaku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa..
Dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan..
Tak dapatku bayangkan hidup ku ayah tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat dihati..

Tuesday, January 8, 2008

TA'SUB KPD JEMAAH..??

Wala' hanya kepada Allah dan Rasul. Jama'ah Islam hnya sbg wasilah utk
mendapat keredhaan Allah....









Allah berfirman:



'' Sesungguhya wali-wali kamu hanya lah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yg mendirikan solat dan menunaikan zakat,seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya, dan orang-orang yg beriman menjadi penolongNya, maka sesungguhnya tentera Allah itulah yg akan menang.'' (Al-Ma'idah: 55-56)

Ahli-ahli jama'ah perlulah beringat bahawa perjuangan mereka hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Mereka menjadikan Allah dan RasulNya sbg aulia' krn Allah adalah Penolong dan Pelindung mereka, sedangkan Rasulullah s.a.w adalah sumber memahami asas-asas perjuangan. Tanpa Rasulullah s.a.w sudah pasti mereka tidak dapat memahami apakah keimanan dan perjuangan.

Hendaklah kita yakin bahawa jama'ah Islam yg kita sertai hanya lah satu wadah utk menegakkan Islam. Jama'ah itu merupakan satu jln utk menegakkan Islam dlm masyarakat. Matlamat akhir perjuangan adalah utk menegakkan Islam dan bukan utk menegakkan jama'ah tersebut.

Kita perlu menekankan serta mengambil berat bhw wala' yg diberikan oleh ahlinya terhadap jama'ah tidak menjadikan mrk ta'sub kpd kumpulan itu sehingga membelakangkan Allah dan RasulNya serta menzalimi golongan mu'min yg lain.

Antara sbb timbulnya sifat Ta'sub kpd kumpulan yg boleh dikongsi disini adalah...;

  • Tidak ikhlas dlm memperjuangkan Islam dan mudah dihasuti syaitan
  • Sikap bangga krn keistimewaan-keistimewaan yg ada dlm kumpulan.
  • Kumpulan kurang menekankan konsep wala' yg sebenarnya....

Kesan-Kesan Buruk kerana Ta'sub kepada jemaah..;

  • Menzalimi muslim lain - 'Memadailah seorang itu dikatakan jahat bila memandang rendah terhadap saudara lainnya yang muslim: (Riwayat Muslim) Apabila ta'sub kpd kump. elah berkembang, maka ahli2 jemaah akan merasakan muslim lain yg tidak berda dlm jemaah mrk tidak sempurna, tidak layak utk memperjuangkan Islam dan seterusnya. Sering berlaku dimana sikap begini akn mnyebbkan ssuatu pihak mengenepikan pihak yg lain sehingga ke peringkat meletakkan pihak ersebut di tempat yg hina.
  • Menutup Pintu utk melihat kbenaran dn hikmah - ''Bercerai-cerai mereka itu tentang urusannya menjadi beberapa golongan, tiap-tiap golongan menyukai apa2 yg ada pd golongannya'' (Al-Mu'minun :53) Apabila sikap merasakan diri sendiri sahaja yg betul, maka timbullah rs kesombongan kumpuln. Sifat sombong ini sentiasa terpendam di hati. Ia akan membantah teguran org lain,meskipun apa yg dibicarakannya salah. Sifat ini juga akan menjadikan ia tidak mempedulikan nasihat atau teguran orang lain. Keadaan ini sebenarnya bkn shj merugikan jemaah tertentu, tetapi ianya merugikan kseluruhan usaha da'wah yg sdg dilakukan di sesuatu tpt pd ms yg tertentu. Seandainya sikap terbuka itu wujud utkmenerima kebenaran dan hikmah, maka kebaikan bkn sj dlm bntuk utk mperbaiki jemaah tersebut, tetapi juga utk mmperkemaskan ssuatu tindakan da'wah yg sdg dilakukan.
  • Melakukan Perkara yg Bercanggah dgn Syara' - ''Wahai org2 yg beriman, jgnlah satu kaum menghina kaum yg lain sbb mungkin sekali mrk yg dihina itu lbh baik dr yg menghina (Al-Hujurat : 11) Sikap ta'sub kpd kumpulan juga akan mendorong sseorg itu selalu menyebut2 kelemahan org lain atau kump. lain. Perkara ini akan menjadi ghibah yg diharamkan dlm syara'. Adakalanya bkn setakat merendah2kan atau mngumpt kump.lain sahaja, tetapi mereka yg ta'sub kpd sesuatu kump. akan berusaha utk menjatukan kump. lain. Tindakan ini bermula dgn mendedahkan rahsia kumpulan lain di mana dgn mendedahkan rahsia tu akan ternampaklah kelemahan kump. tersebut, ataupun pendedahan itu sendiri akan membolehkn musuh2 memukul kump. tersebut.