Tuesday, May 27, 2008

Isu Pemakaian Pelajar Perempuan....

Saya amat tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Kak Munirah berkenaan dengan Isu pekaian pelajar perempuan. Tetapi sayang, ada pihak yang tertentu yang menganggap isu ini sebagai bahan tawa dan hanya perkara yang remeh untuk dibincangkan, sedangkan ianya amat penting bagi umat Islam kerana ia berkenaan dengan 'Punca Keruntuhan akhlak'di kalangan pelajar perempuan.

Pakaian merupakan salah satu daripada keperluan hidup manusia. Jadi, ia boleh menjadi isu yang penting selain Isu 'Kekurangan makanan" yang melanda seluruh negara pada masa kini. Oleh yang demikian,saya mengambil serius isu ini. Saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Kak Munirah. Sebagai perempuan, kami ada hak untuk mengutarakan pendapat kami berhubung perkara ini. Mungkin ramai berpendapat pakaian pelajar bukan sebab yang membawa kepada 'keruntuhan akhlak' dan pakaian itu tidak boleh dikatakan seksi. Ya, kalau diikutkan logik akal,memang betul. Tapi, jika dibandingkan dengan pakaian seksi yang lain yang terdedah sana sini, pakaian pelajar perempuan tidak boleh disamakan. Kita lihat pula dari perspektif Islam. Pakaian yang diharuskan oleh syara' adalah pakaian yang tebal dan longgar. Tetapi, pakaian pelajar perempuan masa kini semakin nipis sehingga dapat melihat pakaian dalam mereka. Malah, ada juga yang membuatnya mengikut bentuk badan. Jika tudungnya labuh, mungkin ia tidak menjadi masalah, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bertudung kecil@tidak memakai tudung??

Saya mengatakan sedemikian kerana saya sendiri yang melihatnya. Kadang-kadang saya sendiri rasa malu melihatnya. Apabila individu-individu memberi pendapat pula, mereka hanya mentertawakan dan memandang serong dengan isu ini. Seakan-akan maruah seorang perempuan ni dipermainkan begitu saja. Dengar dan lihatlah wahai dunia...

Saya disini ingin memohon kerjasama dari semua pihak supaya kita tetap memperjuangkan isu ini. Ia nampak isu yang kecil dan remeh. Tetapi bagi kami Umat Islam yang peka dan amat mengambil berat dengan agama kami(Islam), kami tidak akan berdiam diri. Isu ini tetap kami pertahankan. Bagi individu-individu yang beragama Islam yang menganggap perkara ini adalah sesuatu yang remeh...didoakan semoga kalian mendapat Hidayah...insyaAllah..
Wallahu'alam..

Wednesday, May 21, 2008

Baby Amin

alhamdulillah..dapat juga saya merehatkan badan sekejap sementara baby Amin sedang tidur. Kelakar pula rasanya bila di fikir2kan. Pada mulanya saya sibuk mengisi borang, mencari di surat kabar kerja kosong sbgai seorg guru sandaran. Alhmdulillah. ada lah dapat. Tapi, tempat tu agak jauh dari rumah. Perlu menaiki public transport. Saya menolak. Last2 saya jadi 'baby sitter' kt rumah.:) Ape pun, seronok juga..Di samping dapat bantu Ummi menguruskan rumah, boleh jaga baby sekali. Rumah ni pun dah lama tidak dengar tangisan dan tawa bayi. Walaupun upah menjaga tak lah banyak sangat, tapi saya puas. Tengok je muka baby Amin buatkan saya tenang dan lupa semua masalah.

Macam kebiasaan..hari ni baby Amin menangis selepas ditinggalkan Ibunya. Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang bayi yg amat peka terhadap bau Ibunya. Teringat saya semasa kecil dahulu. Begini agaknya Ummi rasa semasa menjaga saya. Tapi, kesusahan Ummi lagi besar. Jarak saya dan adik2 dekat. Lagi2 jarak saya dan adik di bawah saya hanya 1 tahun.

Baby Amin da menangis. Berhenti di sini dulu...

Oh Fatimah...

Keputusan Mahkamah Syariah Pulau Pinang pada 8 Mei 2008 yang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah@Tan Ean Huang 39 tahun untuk kembali ke agama asalnya (Budhha)satu keputusan yg amat menggegarkan, bagaikan gempa bumi Sichuan di China.
Bagi umat Islam yg cintakan Islam sebagai agama yg di redhai Allah, keputusan itu amat pahit dan memilukan. Keputusan itu satu tragedi, satu kekalahan, dan satu malapetaka kpd masyarakat Islam.
Namun, bg penganut fikiran bebas, agama itu satu perkara peribadi dan bersyahadahkan konsep kebebasan serta berkiblatkan nafsu, keputusan itu adalah sesuatu yg disanjung dan bukan sahaja dihebahkan seluruh Negara dalam media perdana tetapi dilaungkan di seluruh dunia.

Fakta kes:
1. Siti Fatimah Tang bt. Abdullah ini telah memeluk Islam pada 25 Julai 1998
2. pada 16 September 2004 beliau telah berkahwin dgn seorang lelaki Iran bernama Ferdoun Ashanian
3. Suaminya, menghilangkan diri tanpa sebarang sebab 4 bulan selepas berkahwin (January 2005)
4. Siti Fatimah mendakwa tujuannya memeluk Islam adalah semata2 untuk berkahwin dgn Ferdoun
5. Belaiu memohon kepada mmahkamah syariah untuk dibenarkan murtad pd 10 Julai 2006

Sahabat2...mari kita renungkan dan fikir2kan kenapa semua ni berlaku. Apakah semua kesalahan harus diletakkan ke atas dia? ya..kita semua sungguh marah dgn keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Tetapi, sebelum itu.. mari kita sama2 renungkan semula fakta kes. Siti Fatimah telah masuk Islam 6 tahun sebelum mengahwini Ferdoun. Apakah dakwaannya yang mengatakan dia masuk Islam adalah semata2 untuk berkahwin dengan Ferdoun berasas?. Apa yang dia lakukan selama dia bergelar seorang Islam? mustahil dia tidak memahami erti syahadatain..Wallahu'alam.

Dikatakan juga 'Siti Fatimah tidak pernah mengikuti kursus atau kelas pengajian yg diatur oleh Unit Ukhwah krn jarang berada dlm negeri kerana mengikut suaminya..' Di sini jelas menunjukkan ada sedikit persoalan. Dia hanya bersama suaminya selama 4 bulan sahaja. Selama 6 tahun dia bergelar seorang Islam, takkan sekali pun dia tidak mengikuti kursus yang diatur Unit Ukhwah? Di manakah dia ketika itu yang masih solo?

Di sini ingin saya merumuskan sedikit. Kita tidak boleh menjadi patung dalam bangunan. Hanya menunggu orang datang kepada kita untuk memberi bantuan. Sepatutnya kita perlu cari inisiatif lain. Contohnya pergi ke rumahnya dan mengajar di situ. Ataupun hantar sahaja Ustaz2 atau Ustazah2, Ahli2 Tabligh, Persatuan2 Islam atau Mahasiswa untuk berda'wah di situ. Saya memberi cadangan supaya PKPIM, PERKIM, ABIM, PAS, WUFI, dan seluruh NGO di Malaysia ini bergabung tenaga membentuk satu badan yang mengendalikan mu'alaf2 dan permasalahan murtad dengan kerjasama Mahasiswa2 Islam di seluruh negara. InsyaAlllah.

Monday, May 12, 2008

Muktamar PKPIM...

'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka', maka pekataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: 'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung'. (Ali-Imran: 173)

Tanggal 10 Mei 2008 adalah saat yang amat meresahkan hati saya. Saya telah dipilih oleh Allah untuk memegang Amanah yang amat berat. walaupun saya tahu tugas itu adalah suatu yang tidak asing bagi saya. Namun, entah kenapa tiba-tiba hati saya terasa berat. Badan saya lemah. Jiwa saya bergetar. ALLAHUAKBAR!!!
Ya Allah..tetapkan lah hati hambamu ini..
Sehingga suatu saat, saya sudah tidak dapat menahan lagi air mata ini. Saya berlari ke arah insan yang bernama sahabat yang sama-sama berjuang dalam memperjuangkan agama Allah ini. Dibahunya saya menangis. Ingin saya melepaskan segala keresahan dan ketakutan saya untuk membawa agama Allah ini. Terasa kerdil dan hinanya saya dihadapan Rabbi.
Dihadapan saya..terlihat insan-insan yang dahagakan tarbiyyah. Yang mengharapkan sesuatu daripada saya. Saya bukan melihat seorang. Tetapi beribu-ribu orang. MasyaAllah. Allahuakbar!
'Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir'. (ali-Imran: 147)

Apa yang pasti, segala ketentuan Allah ada hikmah disebaliknya. Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menikmati alam perjaungan. Memberi saya peluang merasa keperitan dan kemanisan sunnah orang berjuang. Terima Kasih Ya Allah. Saya tahu, ujian yang Allah berikan kepada saya hanya sedikit berbanding dengan apa yang dilalui oleh Zainab al-Ghazali al-jubaili, seorang aktivis Islam yang saunggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Musilmin di Mesir. Beliau adalah salah seorang yang menjadi Role model saya dalam perjuangan ini. InsyaAllah.

Menjadi Asst.HC Da'wah dan Tarbiyyah bukan amanah yang mudah. Apa ada pada jawatan. Yang penting Amanah yang dipikul perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Saya perlu banyak bergerak daripada bercakap. Itu prinsip yang saya pegang. Oleh sebab itu saya kurang bercakap dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Buat sahabat2 seperjuangn..saya ingatkan untuk diri saya dan juga sahabat2..kita perlu cepat bertindak. Jangan banyak berehat. Seperti kata-kata yang pernah diucap oleh Zainab al-Ghazali..' Ya, kita bukan mengejar masa. Masa yang bertahun-tahun, puluhan tahun, ratusan tahun, bukan penting bg umur da'wah dan umat. Tetapi yg penting ialah kita mesti bertahan diatas jalan kita dgn penuh keyakinan, kesejahteraan langkah dan kejelasan pemikiran'.

Moga saya bersama dengan sahabat2 seperjuangan sama2 dapat berdiri teguh dan tetap pendirian dalam menegakkan kebenaran ini. Jangan kita mudah mengalah, banyak ketawa, dan cepat melatah. Tetapi menangislah. Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengalir kerana takut kepada Allah, menanggung keperitan dalam berda'wah, melihat segala maksiat yang semakin berleluasa terutamanya oleh saudara Islam sendiri adalah suatu nikmat yang dapat merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang kita kepada Allah.. ingalah kepada kematian. Entah hari ini, esok, lusa, tulat..Allah akan mengambil kembali hakNya kerana kita didunia ini hanya lah pinjaman semata-mata. Kita adalah milik Allah yang abadi..:)

Salam perjuangan. ~HIDUP BIAR BERJASA~