Tuesday, May 27, 2008

Isu Pemakaian Pelajar Perempuan....

Saya amat tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Kak Munirah berkenaan dengan Isu pekaian pelajar perempuan. Tetapi sayang, ada pihak yang tertentu yang menganggap isu ini sebagai bahan tawa dan hanya perkara yang remeh untuk dibincangkan, sedangkan ianya amat penting bagi umat Islam kerana ia berkenaan dengan 'Punca Keruntuhan akhlak'di kalangan pelajar perempuan.

Pakaian merupakan salah satu daripada keperluan hidup manusia. Jadi, ia boleh menjadi isu yang penting selain Isu 'Kekurangan makanan" yang melanda seluruh negara pada masa kini. Oleh yang demikian,saya mengambil serius isu ini. Saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Kak Munirah. Sebagai perempuan, kami ada hak untuk mengutarakan pendapat kami berhubung perkara ini. Mungkin ramai berpendapat pakaian pelajar bukan sebab yang membawa kepada 'keruntuhan akhlak' dan pakaian itu tidak boleh dikatakan seksi. Ya, kalau diikutkan logik akal,memang betul. Tapi, jika dibandingkan dengan pakaian seksi yang lain yang terdedah sana sini, pakaian pelajar perempuan tidak boleh disamakan. Kita lihat pula dari perspektif Islam. Pakaian yang diharuskan oleh syara' adalah pakaian yang tebal dan longgar. Tetapi, pakaian pelajar perempuan masa kini semakin nipis sehingga dapat melihat pakaian dalam mereka. Malah, ada juga yang membuatnya mengikut bentuk badan. Jika tudungnya labuh, mungkin ia tidak menjadi masalah, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bertudung kecil@tidak memakai tudung??

Saya mengatakan sedemikian kerana saya sendiri yang melihatnya. Kadang-kadang saya sendiri rasa malu melihatnya. Apabila individu-individu memberi pendapat pula, mereka hanya mentertawakan dan memandang serong dengan isu ini. Seakan-akan maruah seorang perempuan ni dipermainkan begitu saja. Dengar dan lihatlah wahai dunia...

Saya disini ingin memohon kerjasama dari semua pihak supaya kita tetap memperjuangkan isu ini. Ia nampak isu yang kecil dan remeh. Tetapi bagi kami Umat Islam yang peka dan amat mengambil berat dengan agama kami(Islam), kami tidak akan berdiam diri. Isu ini tetap kami pertahankan. Bagi individu-individu yang beragama Islam yang menganggap perkara ini adalah sesuatu yang remeh...didoakan semoga kalian mendapat Hidayah...insyaAllah..
Wallahu'alam..

4 comments:

Anonymous said...

bagi saya, kita kena buat undang-undang yang menggalakkan pelajar perempuan memakai tudung labuh

BroSyarief said...
This comment has been removed by the author.
BroSyarief said...

undang2 bersifat menekan dan memaksa. sebaiknya diberi ruang lebih luas utk memberi kefahaman ttg menutup aurat melalui sistem pendidikan. bukan stkt pakai tudung je malah pakaian yg longgar, tak jarang, dan isbal (kain bawah labuh dari kaki).

lps tu, insyaAllah, muslimat2 kita akan menutup aurat dgn sempurna (trmasukla bertudun labuh ie. mcm raudhah) tanpa ada faktor dorongan yg lain kecuali kerana faham n wujud rasa taqwa dlm hati dan jiwa.

allahu a'lam

hajarJazz said...

Salam raudhah.. komen ape yg awak dah remove tuh? nak tau jugak.. hehe.. anyway.. sy setuju ngan awak.. tengok je la skg ni sume ah terbalik.. yang halal diharamkan, haram dihalalkan.. besh2 article awak. wat byk2!! chaiyok! chaiyok! berani hadapi segala jenis komen sbb itu aalah raudhah sbnr yg ku kenali.. wakaka..
P/s: kecik ati ngan awak.. takmo dtg uia lg dah..