Tuesday, October 6, 2009

Isu Kartika...


Hampir saban hari saya diundang dengan pelbagai isu, dan yang paling hangat di bincangkan tatkala ini adalah isu "Hukuman sebat ke atas Kartika, seorang wanita yang beragama Islam atas tuduhan meminum arak di khalayak ramai.

Pada mulanya, suka untuk saya mendiamkan diri kerana saya yakin dengan pendirian dan keputusan yang di buat oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. Akan tetapi, apabila ada pihak tertentu yang mempertikaikannya dan turut ikut campur, seperti Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina(JAG) dan Sister in Islam(SIS), saya dengan tegasnya tidak akan mendiamkan diri. Malah, rakan-rakan wanita saya yang beragama ISLAM dan mengamalkan cara hidup Islam yang inadh dan adil ini juga tidak akan mendiamkan diri!!

"Hukuman tersebut melanggar hak asasi manusia dan menjatuhkan maruah pesalah tersebut" ????

Pertama, Perlu diingatkan bagi mereka yang sangat memperjuangkan Hak wanita. Hukum meminum arak adalah antara hukum Allah kerana didalam Al-Quran telah ditetapkan bahawa meminum arak adalah HARAM bagi orang Islam tidak kira perempuan mahupun lelaki.. Dan perlu diingatkan juga bahawa hukuman bagi seseorang yang minum arak adalah 80 kali sebatan!! Kartika hanya dijatuhkan hukuman sebanyak 6 kali. Adakah itu melanggar hak asasi manusia? Apa yang dinamakan melanggar hak asasi manusia itu??? Kartika dengan rela menerima hukuman tersebut. Kenapa perlu dipertikaikan bahawa hukuman tersebut telah melanggar haknya sebagai manusia, wanita, dan hamba Allah??

Adakah hukuman yang diterima itu menjatuhkan maruah pesalah?? jadi, seorang wanita yang meminum arak dikhlayak ramai, adakah dia sendiri tidak merasa yang dia disaat itu dia menjatuhkan maruahnya sendiri sebagai seorang wanita Islam?

Oleh yang demikian, atas kesedaran yang ada pada Kartika, beliau redha dengan hukuman syariah yang ditetapkan untuknya. Ini adalah suatu perkara yang perlu dipuji kerana ia dapat menjadi iktibar bukan sahaja pada kaum wanita, malah juga kepada kaum lelaki.

Dan peringatan juga buat individu-individu termasuk kerajaan atau bukan kerajaan, harap dapat menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Syariah kerana kita tiada hak untuk mencampur tangan dalam apa jua keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah. Semoga Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang mencari keredhaannya. Wallahu'alam..

No comments: