Wednesday, September 30, 2009

Konsert Beyonce...selamatkan anak-anak muda kita!!...


Terpanggil saya untuk menyahut saranan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) untuk membatalkan konsert Beyonce yang akan berlangsung pada 25 Oktober ini..

Sebenarnya perkara ini sudah lama di isukan oleh PKPIM apabila berlangsungnya sesuatu konsert yang boleh mempengaruhi akhlak masyarakat Malaysia terutamanya Islam.. Tetapi, hanya di pandang sebelah mata oleh pihak-pihak yang tertentu. Malah, ianya di anggap sebagai isu yang remeh temeh. Menjadi kebiasaan bagi Malaysia untuk menerima jemputan dari artis luar negara begi membuat persembahan di sini. Malah kadang-kadang menjadi kebanggaan bagi mereka kerana artis 'international' berada di negara ni walhal di dalam perlembagaan persekutuan sudah termaktub bahawa negara rasmi bg Malaysia adalah Islam. Jadi, perlu lah menghormati rakyat Malaysia yang beragama ISLAM..

Jika kita perhati semula mengapa ramai orang yang murtad di Malaysia..dan mengapa ramai orang yang memeluk Islam di negara-negara barat seperti Amerika dan sebagainya... Inilah contoh yang terdekat. Apabila masuknya anasir-anasir buruk dari luar dan mempengaruhi pemikiran anan-anak muda di sini. Dan kesannya ramai anak-anak muda terdidik dengan pengaruh-pengaruh barat dan semakin kurang di lihat anak-anak muda Malaysia yang berada di tempat-tempat ilmu terutamanya Masjid.

Kita perlu berusaha untuk menukar mentaliti orang Islam di seluruh dunia amnya iaitu dengan menghantar artis-artis nasyid kita seperti Raihan ke seluruh negara bagi menyebarkan risalah Islam seterusnya memperkenalkan amalan-amalan indah Islam. Bukan dengan menjemput artis-artis dari luar negara yang boleh memberi pengaruh buruk kepada anak-anak muda Malaysia.

Saya berharap Kerajaan dan seluruh rakyat amnya dapat berfikir dan mengkaji semula baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat apa-apa keputusan..

'Kita hanya hamba yang lemah yang sentiasa melakukan kesalahan. Oleh yang demikian,sentiasa lah kita berpegang kpd 2 perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Moga hidup kita sentiasa di berkati dan mendapat perlindungan dari Allah subhanallahu ta'ala'. Waalahu'alam.

No comments: