Friday, September 11, 2009

Pencarian LAILATUL QADAR.....


Agak lama saya tidak mengukir tinta di blog ini. Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang di perolehi semalam di mana saya telah menghadiri ceramah 'Ramadhan Bulan Penyucian Jiwa'. Amat sesuai dengan ketibaan bulan yang mulia dan penuh barakah ini. Ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki, yang merupakan ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan begitu menusuk hati dan jiwa saya.

Lalatulqadar..malam yang diumpamakan lebih baik daripada malam 1000 bulan. Sungguh beruntung mereka yang menikmati keindahan lailatulqadar ini kerana ia sama dengan kita beribadat selama 85 tahun. MasyaAllah..

Tetapi yang sedihnya, masih ramai lagi yang tidak menghargai pemberian ikhlas Allah S.W.T buat hamba-hambanya. Mana kan tidak di malam 10 hari akhir Ramadhan ini lah kita sibuk dengan persiapan untu kmenyambut syawal. Baju raya, kasut raya, kuih raya, rendang, cat rumah... ada juga yang sibuk untuk memilih restaurant mana yang sesuai untuk berbuka bersama kekasih hati. semua ini yang kita utamakan berbanding dengan ber'iktkaf di masjid dalam mencari Lailatulqadar.

Rasulullah salallahu'alaihi wassalam setiap tibanya 10 hari terakhir bulan Ramadhan akan ber'iktikaf di Masjid untuk mencari Lalilatulqadar. Ada satu kisah di mana Allah memberitahu Rasulullah s.a.w bilakah tibanya lailatuqadar. Tetapi, pada ketika Rasulullah s.a.w ingin memberitakan kepada umatnya, baginda telah melihat 2 orang sedang bertelingkah. Secara tiba-tiba Allah telah mengambil kembali ingatan daripada baginda.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.. rebutlah peluang keemasan ini. Ianya tiba hanya setahun sekali. luangkan sedikit masa utk ber'iktikaf di masjid. InsyaAllah segala hajat kita akan di tunaikan. Anggaplah ini adalah kali terakhir kita unutk bertemu dengan lailatulqadar. Tahun depan belum tentu kita akan bertemu dengannya. Wallahu'alam..

No comments: