Monday, June 1, 2009

Penghadan Subjek SPM tidak relevan.....

baru-baru ini kerajaan sekali lagi telah membuat suatu usul dan keputusan yang berkaitan dengan pendidikkan..

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan isu PPSMI. dan kini, kerajaan telah menghadkan mata pelajaran yang di ambil semasa SPM nanti iaitu hanya 10 subjek berbanding sebelum ini dimana pelajar SPM di beri kebebasan untuk mengambil seberapa banyak subjek SPM yang mereka kehendaki.

Saya sebagai bekas pelajar SMU(A) Maahad Muhammadi Perempuan tidak setuju dengan keputusan yang dibuat ini. Sebab kerajaan iaitu untuk memudahkan pengagihan biasiswa adalah tidak relevan sama sekali.

Sepatutnya, kita perlu menggalakkan para pelajar supaya mengambil seberapa banyak mata pelajaran yang mereka mahu kerana kita belajar untuk mendapatkan ilmu, bukan untuk mendapatkan biasiwa semata-mata.

Lihat sahaja adik Siti Nur Madihah yang telah mencapai 21A di dalam subjek SPM pada tahun lepas. Sebenarnya, bukan menjadi ukuran berapa banyak A yang diperolehi. Tetapi, kita perlu melihat kepada berapa banyak ilmu yang diperolehi. Ilmu adalah penting dalam kehidupan seharian. Malah Allah berfirman;
'Bacalah dengan nama Rabb kamu yang mencipta...' (Al-'Alaq :1)
Didalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah menggalakkan umatnya untuk membaca dan menuntut 'ilmu agar dapat membawa kita menuju ke jalan yang diredhai.

Penghadan subjek SPM hanya akan menyempitkan pemikiran dan pengetahuan para pelajar. Malah pelajar akan banyak didedahkan dengan 'ilmu keduniaan berbanding akhirat. Pelajar juga akan menjadi semakin malas dalam menuntut 'ilmu dan banyak menghabiskan masa dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah.

Harapan saya agar keputusan yang diambil kerajaan ini dapat dikaji semula demi menjadikan negara Malaysia sebagai negara berilmu dan dapat melahirkan ramai tokoh 'ilmu yang berjaya di masa hadapan. InsyaAllah.

1 comment:

aljuhr said...

perlaksanaan usul ini perlu dinilai semula.... adalah lebih baik membuat survey pandangan dr masyarakat or ahli2 akedemik dhulu..jika usul ini dibuat tnpa mengambil kira pndngn masyarakat, ia akan menjadi salah satu sbb penolakkn masyrakat kepada kerajaan.. sebgimana yg terjadi pd PPSMi