Friday, May 1, 2009

Fitnah kepada Islam???


Alhamdulillah..sekarang ni sudah semakin ramai yang memakai tudung. Tetapi, adakah sempurna sudah kewajipan seorang wanita dalam menutup aurat hanya dengan bertudung?

Tudung adalah sebahagian dari pakaian untuk menutup aurat. Bertudung tidak semestinya kita sudah sempurna menutup aurat. Tetapi, dewasa kini ramai yang memakai tudung hanya kerana keperluan dan mahu kelihatan lebih ayu. Betul ke?

Saya telah membuat pemerhatian baik dalam majalah, tv, internet dan suasana sekeliling. Walaupun pelbagai majalah Islam (untuk wanita) telah diterbitkan bagi meningkatkan kesedaran terutamanya untuk kaum hawa, tetapi, model-model yang memperagakan pakaian muslimah tidak sempurna penutupan auratnya. Walaupun semuanya bertudung, tetapi dari segi pakaiannya pula perlu diambil kira juga.

Berfesyen tidak dilarang. Malah ia adalah fitrah semulajadi bagi setiap wanita yang mahukan penampilan yang menarik. Tetapi, pakaian yang dipakai haruslah mengikut syariat yang ditetapkan. Longgar, tidak jarang, dan labuh. Asal sahaja cukup syarat-syarat itu, sangat cantiklah jika ia dipadankan dengan tudung yang menutupi dada.

Begitu juga di TV, Internet, dan suasana sekeliling. Malah ada sesetengah tu dikatakan memakai tudung. Tetapi, seolah-olah memakai selendang. Malah semakin lama semakin singkat sehingga menampakkan bonggol unta di belakang kepalanya dan rambut dihadapannya. Semua ini hanya mendatangkan fitnah kepada agama Islam itu sendiri apabila orang bukan Islam melihatnya, mereka akan menyangka bahawa itu lah ajaran sebenar yang dibawa oleh agama Islam. Sedangkan, ia adalah sebaiknya.

Kaum wanita ni adalah sebaik-baik hiasan. Jadi, peliharalah diri kita sebagai seorang wanita. Jaga dan lindungi ia(maruah) dari di ambil atau dihancurkan orang. Sayangi diri kita sendiri. Tidak perlu kita mempertunjukkan diri kita kerana kita di lahirkan semulajadi sebagai hiasan yang amat indah di dunia ini.

Nasihat saya buat kaum hawa…perubahan kepada sesuatu yang baik itu adalah sangat
dituntut. Tetapi, biarlah ianya disertai dengan ilmu pengetahuan. Bukan sekadar berubah hanya kerana pandangan masyarakat. Wallahu’alam.

1 comment:

Ummu Fateh said...

setujuuuuuuuuu sangat!!