Friday, May 1, 2009

Love vs Cinta


Bahagia sungguh bila melihat sahabat-sahabat sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi, siapa teman istimewa tu? Istimewa kah dia dari Allah? Rasulullah? Kitab Al-Quran? Ummi? Abah? Pastinya istimewa dari segalanya…mananya tidak..dialah segalanya..dialah yang diutamakan..

Scene 1

ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR…
“Lin, da azan..jom solat maghrib berjemaah…”
“Kau solat lah dulu. Jap lagi aku solat. Aku nak bersiap dulu. 10 minit lagi ‘dia’ datang amik. Nanti kalau lambat, dia bising plak.”

Scene 2

“Min, jom pegi Kuliyyah Tafaqquh Fiddin. Hari ni tajuk dia best. Kisah perjalanan hidup Rasulullah Salallahu’alaihi Wasalam.”
“Hari ni tak bolehlah. Aku dah janji dengan ‘dia’ nak kuar makan. Lain kali eh.”

Scene 3

“Kin, pinjam Al-Quran kau. Aku punya kat bilik la.”
“Sorry la. Aku punya tertinggal kat rumah. Da 2 minggu aku tak baca Al-Quran.”

Scene 4

“Rin, nak pegi mana tu? Kan Mama suruh amik adik dari sekolah. Papa pun mintak tolong Rin basuh kereta ni.”
“Ala..Rin da janji dengan’dia’ nak kuar shopping hari ni. Mama tak bagitau awal-awal. Rin nak pegi jugak..pegi dulu..”

Keadaan-keadaan yang dipaparkan ini memang berlaku..kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah membelakangi yang lebih Utama dari segalanya..Yalah..bila dah in Love..semuanya tak nampak.

Sahabat-sahabatku..
Curahkan lah kecintaan kita kepada ALLAH kerana hanya Dia lah yang selayaknya dicintai. Jangan lah engkau takut akan jodohmu tidak kesampaian jika tidak bercinta kerana itu semua urusan Yang Maha Esa. Akan tiba suatu masa nanti engkau akan menemui kebahagiaan yang engkau impikan. insyaALLAH.

No comments: