Tuesday, January 22, 2008

Kasihku di Tanah Suci...


Alhamdulillah, akhirnya diri ini berjaya juga menjejakkn kaki ke Tanah suci. Tempat yg sering diidamkan oleh kita semua..Bermula dengan urusan visa, pasport,tiket kapal terbang,dan sebagainya..semuanya berjalan dgn lancar dgn izin Allah. Sebelum ni saya sering juga dgr perkara yg tidak diingini boleh berlaku sblm menjejak kaki ke sana. Maksudnya kat sini, bkn mudah Allah nak izinkan kita ke Tanah suci. Lagi2 rumah Allah. Tapi Allah maha penyayang. Allah sayang sgt kt hambanya!!..Best dpt kasih sayang Allah kan..Allah menarik sedikit kesenangan dr kita..tp dibalas dgn segunung kebahagiaan...MasyaAllah..emm..Jadi jgn sekali2 berburuk sangka dgn Allah tau!!.

Penerbangan Brunei Airlines yg saya sekeluarga naiki mengambil masa lbh dari 8 jam.Tapi sblm tu kami perlu transit di Brunei dulu. Lama juga. Masa tu badan je kat situ. Hati da kat sana..=)
Sampai saja di Jeddah masa tu dah malam. Ramai sgt org kat Airport Jeddah. Setelah selesai urusan kat situ, bas yg akan menemani kami sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Madinah, dan seterusnya ke Mekah sudah menanti ketibaan kami. Walaupun penat, tak dapat saya bayangkan perasaan ketika itu. Betapa saya mensyukuri ni'mat dan kesempatan yg Allah berikan.
Perjalanan dari Airport Jeddah ke Madinah Al-Munawarah mengambil masa sejam. Saya memerhati pemandangan di sepanjang perjalanan. kosong. yang ada hanya la fun fair. Pelik juga. Kenapa hanya ada fun fair. Tapi soalan tu saya hanya simpan dalam hati. Sesampai sahaja di Madinah, saya seperti tidak percaya yg hotel tpt kami menginap betul2 mengadap Masjid Nabawi dan Baqi'. Tiba2 teringat arwah abah. Disitu lah arwah abah dikebumikan. di Baqi'. Alhamdulillah. Arwah abah disana bersama para syuhada.


Tidak lama kemudian waktu Subuh masuk. Disana waktu Subuhnya lebih kurang jam 3.30pagi. Kalau diikutkan memang awal. Tapi, suatu perubahan yg dapat saya rasakan adalah saya tidak merasa mengantuk. Mana taknya..masa ni lah masa yg paling best untuk berada di atas katil kalau di Malaysia. Tetapi di sana..Subhanallah..

Di masjid Nabawi, saya sempat ke 'RAUDHAH' untuk melawat makan Rasulullah dan 2 sahabat baginda yg tercinta (Abu Bakar dan Umar). Saya mengambil kesempatan ini berdoa, dan salah satunya adalah mengharapkan agar saya juga akan mati di tanah suci. InsyaAllah...
Saya menghabiskan masa dgn sebaiknya di Madinah kerana kami disana hanya 3hari. Sedih juga sebab cepat sangat. Tetapi kata2 Ustaz Abdullah selaku Ustaz yg membawa rombongan kami ini menyedarkan saya. Ustaz mengingatkan kami akan tujuan asal kami, iaitu mengerjakan umrah. Kami perlu berangkat ke Mekah. Sebelum berangkat ke Mekah, Ustaz menyuruh kaum rijal untuk memakai ihram dan pastikan ada air sembahyang.



Sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah, mata saya tidak lepas2 memandang ke luar. Saya ingin melihat tempat dimana bas yg arwah abah naik terjatuh dalam gaung. Baru lah saya tahu bahawa sepanjang perjalanan, di kiri kanan saya hanya ada kawasan lapang yang dipenuhi debu, bukit2 dan juga gaung. Mungkin disekitar sinilah bas arwah abah terbabas dan kemalangan.

Setiba sahaja di Mekah, kami terus melakukan Umrah pertama. Untuk Umrah pertama ini, Ustaz banyak mengajar kami. Kami hanya mengikut sahaja. Bermula dengan tawaf di kaabah sehinggalah sa'i antara safa dan marwah. Setelah selesai, kami balik ke tpt penginapan. Saya bersyukur sekali lagi kerana hotel kami hampir dgn Masjidilharam. Di bahagian Babussalam. Babussalam adalah antara pintu2 yg berada bhgn tengah Masjid.

Semasa di dalam bilik, ummi tiba2 beritahu kami sesuatu...Salah seorang dari rombongan saya rupanya tidak nampak kaabah..Apabila dia tgk kami tawaf, dia ikut sahaja sedangkan masa tu dia nmpak ditgh2 tu kosong. Kaabah tidak ada..Bila difir2 balik cerita ini, saya jadi makin dekat dgn Allah. Saya tak mahu Allah tarik ni'mat itu..

Setelah hampir 2 minggu disana, tibalah masa untuk pulang. Sepanjang berada di sana, kalau dapat ditadah air mata ni, memang tak cukup satu besen besar..sepanjang masa menangis..mata ni pun dah bengkak2. Tapi tangisan itulah yg membuatkan hati ini tenang, damai, dan bahagia. Terasa Allah berada disebelah kita.Alangkah indahnya ni'mat itu...

Saya akhiri cerita saya di sini sahaja. Saya mendoakan agar sahabat2 dapat menjejakkan kaki ke sana juga. Sentiasalah berbaik sangka dgn Allah..Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, InsyaAllah..Amin.

No comments: