Saturday, February 7, 2009

PRK UIAM..

Berakhir sudah PRK UIAM.Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar. Tahniah buat wakli MPP. Semoga dapat menjalankan amanah dgn telus.

Ramai kawan-kawan tanya apa perlunya PRK campus? ‘Malas la nak mengundi. Xde faedahnya…’ Saya juga pernah terfikir begitu. Bagi saya PRK ni x mendatangkan apa-apa makna sehinggalah saya terbaca buku yang bertajuk ‘Fiqh Kenegaraan’ karangan Dr Yusuf AlQardawi. Alhamdulillah, Dalam saat-saat fikiran berkecamuk dengan persoalan ini, saya diberi petunjuk.

Semua sedia maklum PKR UIAM bakal menyaksikan pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi bakal bertanding. Di sini jelas menunjukkan situasi di mana 2 parti yg bertanding dlm merebut tempat dalam SRC. Seperti yg dijangka..pro-Mahasiswa menang dgn majority. Tahniah.. Terus terang saya katakan yang saya tidak melihat ini sebagai suatu kemenangan.

Suasana sepanjang PRK UIAM baru-baru ini dilihat bukan utk memilih wakil MPP, Tetapi untuk memilih parti mana yang bakal menjadi juara dan memegang SRC UIAM. Ini terbukti apabila pelbagai risalah di edarkan sebelum dan semasa PRK UIAM. Tulisan-tulisan yang tiada bukti dan unsur periksanya menaburkan fitnah kepada parti lain. Melaga-lagakan jemaah, memecah belahkan saudara sendiri…

Sepatutnya PRK ini digunakan untuk menonjolkan calon yang di rasa berkelayakkan dalam menjadi pemimpin bg sesebuah IPT. Bukan sebagai tempat untuk bermain politik kotor yang memecah-belahkan saudara seIslam sendiri dan menambahkan dosa dengan menaburkan FITNAH sana sini.

Nasihat saya, baca lah buku ‘Fiqh kenegaraan’ karangan Dr Yusuf AlQardawi ini. Bagi yang berjaya dan berhasrat untuk bertanding pada PRK akan datang, baca dan muhasabah diri. Banyak lagi buku yang boleh di baca karangan tokoh-tokoh Islam sekarang dan dahulu. Berkata dan bertindak menggunakan ‘akal dan ilmu. Bukan menggunakan nafsu dan emosi semata2. Buangkan sikap taksub dan assobiah dengan jemaah. Bai’ah terhadap sesuatu jemaah itu tak bermaksud kita perlu ikut 100% apa yang ada pd jemaah itu. Ambil dan amalkan mana yang difikir baik untuk kemaslahatan diri dan umat Islam. Mana yang buruk itu, kita jadi kan panduan dan doa agar dipertunjukkan jalan yang benar.

Jangan ada sifat benci sesame kita kerana itu lah kelemahan umat Islam dan kekuatan orang kafir. Jika rasa benci, cepat-cepat lah berdoa agar Allah menunjukkan jalan kepadanya dan agar Allah mengampunkan dosa kita…Wallahu’alam

3 comments:

Anonymous said...

salam..
akak blaja kat uia yer..
sronok tak..
caner biah kat cner?

Siti Raudhah Binti Mawardi said...

waalaikumusalam warahmatullah...
alhamdulillah stakat ni masih diberi kekuatan..tapi, ujian tu sentiasa ada..hanim blajar lg ke? di mana?

Anonymous said...

Penulisan yang menarik :-)

Salam ukhuwah, semoga di mana sahaja anda berada..bumi itu akan sentiasa riuh dengan dakwah anda :-D