Monday, December 8, 2008

Selamatkan Generasi Kita....

Lama saya berfikir..setiap kali menonton televisyen, saya hanya menggeleng-geleng kepala. Nampaknya ramai yang terlepas pandang dengan rancangan mahupun iklan yang di pertontonkan di televisyen mahupun di VCD-VCD yang di jual di pasaran.

Kita tengok sahaja iklan-iklan sekarang. Contohnya iklannya hanya la minyak wangi, tetapi yang keluar adalah perempuan yang menyanyi dan memakai pakaian yang amat 'seksi'. Selain itu, iklannya hanya lah losyen badan, tetapi di pertunjukkan tubuh2 badan yang tidak sesuai dipertontonkan oleh umum. Malah ada juga iklan yang melibatkan perempuan dan lelaki berpelukkan. Adakah semua itu sesuai untuk di pertontonkan oleh umum? Yang dipertunjukkan pula kebanyakkannya kaum Hawa. Seoalah-olah maruah kaum hawa ini mudah untuk dipergunakan.

Itu hanya iklan, belum lagi kita membincangkan rancangan-rancangan yang semakin membimbangkan untuk di beri tonton umum. Dewasa kini, budak-budak mahupun remaja kian gian untuk menonton rancangan-rancangan yang ada di televisyen. Apatah lagi jika ada Astro dirumah. Sampaikan, masa mereka di cuti sekolah terutamanya banyak di habiskan di hadapan TV. Jesteru, bilakah masa untuk generasi-generasi baru ni dididik dan ditarbiyyah dalam menghadapi cabaran hidup dan mempelajari ilmu-ilmu Allah dengan mendalam??

Saya disini hanya lah memberi pandangan tentang situasi yang kian berlaku sekarang. Oleh yang demikian, jaga dan lindungilah generasi-generasi baru ini dari hanyut oleh pengaruh-pengaruh yang tidak sihat. Wallahu'alam

4 comments:

Anonymous said...

btul tu... kadng2 yg peliknya pasal barang2 wanita pun siap diiklankan secara terbuka... bukan tu saje siap wat cerita lagi.. tak malu ke diorg ni

Anonymous said...

Salam adinda Raudhah,

Teringin nak baca komen Raudhah tentang filem Sang Murabbi, dan mungkin Laskar Pelangi, filem bersifat kemanusiaan dan ketuhanan mungkin.

Bersedia berkongsi cerita...

Siti Raudhah Binti Mawardi said...

To Kak Mar,
InsyaAllah selepas Raudhah tgk cerita tu, Raudhah akan komen skit berkenaan cerita tu. Sekarang ni masih tak berkesempatan utk menonton. Syukran kak...

3p4h said...

Mungkin Kak Raudhah bole bca link ni http://sarahmurniati.blogspot.com/2008/12/sunnatullah-vs-syariatullah.html
Mmg berguna sgt...

Pasal iklan semua tu, mmg wanita dieksploitasi scra terang-terangan. Entah ke mn hilangnya hgra diri mereka..setakat mcari habuan brapa sen drp semua tu. Nauzubillah.