Tuesday, November 11, 2008

Isu 'Sajak Kematian'....


Berita Utama TV3 yang baru saya tengok tadi telah menarik perhatian saya. 'Sajak Kematian'. Menteri Pendidikan telah mengkriktik pendedahan video tersebut kepada murid tahap 1. Saya tertanya-tanya kenapa video tersebut tidak boleh ditontonkan kepada budak-budak? apa kesan vidoe tu kepada mereka?sejauh mana mereka faham maksud yang tersirat dalam video tersebut?
Saya cuba bertanya adik saya yang berumur 11 tahun. Dia telah menonton video tersebut. Saya teruja untuk bertanya pendapat dia mengenai video tu.
"Takut tak bila tengok video tu?" saya bertanya. Dia hanya menggeleng. Saya bertanya lagi.."kenapa?".
"Sebab da tau apa yang akan di tanya bila dalam kubur nanti..". Saya terkejut. Saya bertanya lagi. "Jadi, takut mati tak?". Dia menggeleng. Saya menarik nafas dalam2. Kemudian saya menasihati dia sebagai seorang kakak..
"dik, sebenarnya bukan kita yang jawab soalan2 tu. yang menjawabnya adalah iman kita. masa tu kan kita dah mati. macamana kita nak jawab. Kalau macam tu, x perlu lah kita solat atau ikut suruhan Allah dan meninggalkan larangannya kan..baik kita hafal saje 3 soalan tu kan..Orang kafir pun boleh senang masuk Islam dengan menghafal jawapan untuk soalan2 tu."
Adik saya hanya diam. Bukan maksud saya untuk menakutkan dia. Tetapi saya tak mahu adik saya salah tafsir dengan menonton video tu tanpa ada penjelasan tentang video tu.
Bagi saya, tak salah untuk menonton video yang memberi manfaat kepada semua. Lagi2 budak2 supaya mereka dapat memahami dari kecil lagi apa itu kematian dan sedar kematian itu boleh datang bila-bila masa sahaja.
Saya hairan kenapa video begini boleh diperbesar-besarkan sedangkan ada lagi isu yang lebih besar berkaitan dengan tayangan gambar seperti filem, drama dan animasi yang kurang elok atau boleh dikatakan 18SX yang semakin berani untuk di beri tonton oleh semua peringkat umur. Walaupun diberi peringatan terlebih dahulu, tetapi budak2 apa yang tahu. Lagi2 jika ada astro di rumah. Mereka hanya perlu menekan sahaja butang di 'remote control' dan terpapar lah rancangan2 yang hanya sesuai ditonton oleh ibu bapa mereka. Yang saya sediah, ada juga ibu dan bapa menonton rancangan tersebut bersama anak2.
Sekarang ni, bukan setakat rancangan TV, tetapi iklan juga sama. contohnya yang mendedahkan tubuh badan, berpelukan...dan bermacam2 lagi. Adakah semua ni sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur??Tepuk dada..tanya lah Iman..Wallahualam

2 comments:

Anonymous said...

btl2. sy baru post benda yg lebih kureng sama

Anonymous said...

panjang juga isu ni kalau nak diperbahaskan..
pada saya, takde sebab video ni tak ditayangkan kepada kanak-kanak..
eloklah kalau ada satu media yang boleh memberikan keindsafan kepada anak-anak kecil seawal umur ni..supaya terdidik dan taat..
yang pak-pak menteri nak larang ni kenapa ye? tak sesuai? tak sesuai dari konteks apa? adakah pak menteri dah tengok sebelum buat keputusan samada ianya sesuai atau tak?
saya rasa pak menteri pun tak berani tengok..(sekadar pandangan skeptikal). maybe tengok la kot!