Thursday, November 13, 2008

Ayuh kita berjemaah...

Alhamdulillah..dewasa ini semakin banyak Jemaah Islam yang ditubuhkan dalam membawa satu matlamat dan tujuan iaitu 'Islam'.
Tapi, sahabat2 pernah terfikir tak kenapa penting sangat kita untuk berada dalam Jemaah ini..??
Antaranya...Supaya Manusia menyembah Rabb yang Maha Esa. Allah berfirman..'Tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku' (Adzzariyat:56) Kemudian, Allah Subhanahu ta'ala mengutus para RasulNya untuk menjelaskan tujuan yang mulia ini. Allah berfirman lagi..'Dan sesengguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat, Sembahlah Allah(saja) dan jauhilah para taghut' (AnNahl:36)

Selain itu, Jemaah Muslimin menjalankan prinsip 'Amar Maaruf Nahi Munkar'. Allah berfirman..'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada maaruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah.' (Ali Imran:110)

Sebagai hamba Allah dan Khalifahnya yang teramat sayang kepada pencipta kita (Allah), kita perlu menyampaikan Dakwah Islam kepada semua orang. Allah berfirman..'Dan demikianlah Kami telah menjadikan kamu (umat islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.' (Al-Baqarah:143)

Sahabat-sahabat..sementara kita masih diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, dan jiwa yang tenang..hargailah semua kenikmatan itu dengan menjadi seorang muslim/muslimah yang cintakan jemaah kerana Allah dan Islam.. Jangan jadikan jemaah sebagai tempat untuk kita memerangi jemaah Islam yang lain kecuali jika sesebuah jemaah itu terpesong atau membawa fitnah kepada Agama Islam (Ajaran Sesat). Allah berfirman..'Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.' (Al-Anfal:39)

3 comments:

Anonymous said...

setiap jemaah itu bermatlamatkan sama iaitu islam, cuma berbeza cara gerak krja nya. namun tak dpt dinafikan mereka saling memerlukan antara satu sama lain. tidak perlu timbul perselisihann antara jemaah andai berbeza dri segi ideologinya... slamat maju jaya

Anonymous said...

kata ibn mas'ud yang sangat memberi kesan..

"al-jama'ah, ma wafaqal haq wa in kunta wahdah"

yang bermaksud: "al jama'ah itu adalah kebenaran yang hak walaupun engkau bersendirian"

fokus pada kualiti kemudian baru kuantiti

allahu a'lam

Siti Raudhah Binti Mawardi said...

Berjemaah adalah salah satu dr sunnah Rasulullah S.A.W di mana baginda sntiasa berada dlm jemaah bersama sahabat2 baginda. Tidak salah untuk bersendirian jika seseorang itu punya kemampuan dlm berda'wah cara fardiyah. Seruan ni ku tujukan buat sahabat2 yang masih mencari apakah itu 'jemaah' dan apa perlunya seseorang itu untuk berjemaah. Tidak kira apa sahaja jemaah yang disertai asalkan mtlmtnya adalah Islam. InsyaAllah.:)