Friday, May 14, 2010

Orang bukan Islam menjadi Peguam Syarie....


Berita semalam amat mengejutkan saya di mana Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan seorang peguam yang bukan Islam (Victoria Jayaseele Martin) mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah 'mandamus' (memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira dia bukan orang Islam

Perkara ini perlu dipandang series. Sebab yang di beri peguam Victoria ingin menjadi peguam syarie adalah demi kepentingan keadilan. Satu sebab yang bagi saya tidak munasabah. Undang-undang syariah di Malaysia sudah cukup adil dalam memberi hukuman kepada pesalah-pesalah. Sebagai contoh, bagi kes 'zina' atau mendapat anak luar nikah dibawah Seksyen 23 Akta Undang-undang Jenayah Syariah. Hukumannya jika disabitkan hanyalah denda RM 3000 atau 2 tahun penjara. Suatu hukuman yang bagi saya sudah cukup adil dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Selain itu, untuk menjadi peguam syarie, perlulah seorang yang 'arif dalam bidang Al-Quran, As- sunnah, Fiqh, Usul fiqh, dan Syariah. Jika hanya dengan mendapatkan Diploma dalam Undang-Undang dan Amalan Syariah (DSLP) selama setahun, bagi pendapat saya masih belum cukup untuk menjadi peguam syarie walaupun ianya melayakkan sesiapa yang mengambilnya untuk menjadi peguam syarie. Orang Islam, kehidupan kami dikelilingi oleh suasana Islam yang dari kecil lagi, kita sudah diajar dengan ilimu fardhu 'Ain dan fardhu kifayah dan Al-quran. Berbeza dengan orang bukan Islam yang kehidupan mereka dipengaruhi dengan budaya agama mereka. Pembelajaran selama setahun, tidak cukup untuk mengetahui ajaran Islam sepenuhnya.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana seorang yang bukan Islam, membaca Ayat-ayat suci Al-Quran dan hadith di hadapan hakim semasa melakukan penghujahan. Sedih dan terhiris. Seolah-olah ayat-ayat itu dipermainkan. Malah, jika pendakwa syarie mengemukakan hujah dari sumber Al-Quran dan As-sunnah, adakah peguam syarie yang bukan Islam boleh membidas hujah-hujah tersebut yang mana jika difikirkan, sebagai orang Islam, ayat-ayat suci Al-Quran adalah sumber utama dan tidak boleh dipertikaikan.

Ini hanyalah pandangan saya yang insyaAllah bakal menjadi peguam syarie. Bukan niat saya untuk salahkan sesiapa. Cumanya, jika perkara ini dibenarkan berlaku, maka, semua orang bukan Islam di negeri Selangor boleh menjadi peguam Syarie dan bayangkan jika ramai peguam syarie yang bukan Islam dari yang Islam di masa hadapan kelak, apakah yang akan berlaku kepada Sistem Undang-undang Syariah Malaysia? Tepuk dada tanyalah iman... Wallahua'lam..

3 comments:

andalus said...

eh yeke...x perasan pula pasal kes ni..ala kulli hal..syukran kak

Anonymous said...

SOKONG!!!
setakat belajar 1 tahun, berapa banyak ilmu yang dia ada untuk MENGADILI orang islam?
jangan biarkan ISLAM dicampuri oleh orang2 bukan islam.. kalau sorang ni lepas.. lepasni.. beribu2 lagi la nak jadi cam dia jugak........

Anonymous said...

dah nak kiamat!! org kafir pulak nak menghakimi hukum hakam islam. hari ni mohon jadi lawyer syariah. esok lusa mohon jadi ustaz ustazah. x ke bangang!