Wednesday, January 27, 2010

........Nokhtah Hati

Angin bayu yg menyusup ke jiwa
Tak mampu untuk memberi ketenangan hati
Meskipun diri ini sentiasa memaksa untuk tersenyum
Merasai kehangatan mentari yang menerangi
Namun senyuman itu hanyalah seketika
Apakah perjalanan ini masih jauh
Ataupun ianya akan tamat pada bila-bila masa
Terbayang akan dosa-dosa yang lepas
Apakah masih ada ruang untukku bersama dengan yang Esa
Ataupun sebentar lagi hilanglah aku dari dunia yang fana ini


Sunday, January 24, 2010

Kalimah Allah adalah hak agama Islam!!!!


Sejak kebelakangan ini isu 'penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan katholik agak sepi. Walaubagaimanapun saya percaya usaha umat Islam di Malaysia tidak henti setakat ini. Selagi kami boleh berjuang untuk mempertahankan kesucian agama Islam ini, selagi itu la tak mungkin kami akan berdiam diri... Islam bukan untuk dipermainkan dan bukan juga boleh di pergunakan. Tiada agama yang suci dan benar selain daripada agama Islam. Allah bersabda "Innaddina'indallahilIslam" -Agama disisi Allah adalah agama Islam.

Masih terbayang-bayang lagi disaat saya bersama NGO2 Islam berkumpul mendengar perbicaraan kes Lina Joy. Alhamdulillah..Allah membanntu kami. Benar lah kata2 Allah bahawa jika kita membantu agamaNya, maka Dia akan membantu kita. Saya bersyukur dan berharap selepas ini jangan lah ada lagi usaha2 yang dibuat untuk mempergunakan agama Islam itu dengan sesuka hati. Tapi, Allah maha mengetahui. Sekali lagi kita diuji dengan kecemaran nama Allah. Usaha ini juga melalui kaedah perundangan. Jika kes Lina Joy dulu berpihak kepada mereka, maka keputusan itu akan dijadikan sebagai 'binding precedent' di mana selepas ini akan mudah lah orang untuk tukar agama kerana mahkamah sudah membenarkan. Tapi, alhamdulillah ianya berpihak kapada kita. Allahuakbar! Apabila kita perhati betul2..Pihak kristian tidak akan berhenti untuk menguasai sistem perundangan kita. Mereka akan melakukan pelbagai cara lagi semata2 untuk mencapai tujuan mereka.

Saya baru sahaja terbaca cerita dari sahabat yang berada di Indonesia....

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya.

Aku ingat satu hari aku buka TV perdana di Indonesia,untuk menonton satu program. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar-kobar. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal-pasal dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek…. astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku di Indonesia, kalau baca surat khabar , nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah ” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”…tergolek lagi aku..


Satu lagi cerita ketika di Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup-tup... aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah...gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang macam ini: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila buka, tinjau helai demi helai , aku jadi keliru, lain macam saja ayat-ayat dan hadis ni. Aku tengok balik lah.. ayat-ayat kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.


Adakah kita perlu menunggu untuk jadi begini dulu baru kita bertindak???
Bertindaklah segera..jika bukan kita, siapa lagi...PERTAHANKAN AGAMA ISLAM..ALLAHUAKHBAR!!!
Fikir2kan dan renung2kan..

Friday, December 18, 2009

Jemputan ke Malam Mesra Siswi..(MMS)




Dengan rendah hatinya Majlis Hewi PKPIM dengan kerjasama Woman Affair Association(WAFA) akan mengadakan Malam Mesra Siswi. Semua sahabat-sahabat siswi dari UIAM atau luar dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini...:)

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui blog ini.

Friday, December 11, 2009

Bermula lembaran baru....



Tidak lama saja lagi kita akan melangkah ke bulan Muharram. Tahun baru bg umat Islam.. tentu kita masih terfikir2 apakah azam untuk tahun baru ini. yang pasti diri ini masih perlu diperbaiki.. dari yg buruk kpd yg baik..dan yg baik kpd yg lebih baik.

Saya baru sahaja usai membaca buku karangan Abdul Latip 'Abu Bakar Sahabat Sejati'. Alhamdulillah.. di saat diri memerlukan semangat dalam berjuang, buku ini menjadi teman dalam masa 3 hari ini.. masih terbayang-bayang perasaan kasih dan sayang yang teramat sangat dari seorang sahabat terhadap sahabatnya. Pengorbanan yang tidak terhingga hanya kerana rasa cintanya terhadap sahabatnya. Subhanallah..amat besar kurniaan Allah terhadap hamba-hambaNya.

Apabila difikirkan..sungguh benarlah janji-janji Allah bahawa sesiapa yang membantu dalam agamaNya, nescaya Allah akan membantu kita.. disaat saya dalam keresahan untuk meneruskan gerakan da'wah ini, Allah memberi saya ketenangan dan keperluan jiwa. Alhamdulillah.

Setiap dari kita akan mengutarakan azam baru pada setiap tahun. Tetapi tidak bagi saya. Bagi saya, azam kita perlu lah berterusan. Bukan bertukar pada setiap tahun. Jika nak disenaraikan azam-azam saya memang banyak. Dan jika ada azam yang tidak tercapai, maka saya akan membawa ke tahun berikutnya, ini kerana kita hanya merancang, tetapi Allah yg menentukan segalanya. Jadi, jika apa yg berlaku itu tidak mengikut perancangan kita, kita mesti redha kerana tentu ada hikmah disebaliknya...:)

Thursday, December 3, 2009

Cinta Bertasbih di Mihrab Ilahi



Semakin sayang Allah Taala kepada kita, semakin kuat diuji Iman kita kepada-Nya. Namun di penghujungnya diberikan sebaik-baik penawar setelah kita bertahan dan bertemu jalan penyelesaian dengan penuh kesabaran, iaitu ketenangan yang hakiki di hati. Lembut hidayah-Nya menyapa dalam tarbiah.

Pelbagai masalah hari ini adalah bermula dengan perasaan kasih sayang. Jika direnung kembali, semuanya akan bertaut menjadi satu iaitu soal cinta. Bermula dengan pemilihan calon suami isteri itu lagi, hinggalah hubungan antara ibu bapa dan anak-anak mereka, dan seterusnya sebuah masyarakat yang memahami rukun kehidupan madani dapat diwujudkan. Jika baik dari awalnya, maka eloklah kesinambungannya hingga generasi seterusnya.

Payah nak mengubah cara hidup ini, namun at least berusaha. Kerosakan sebuah cinta hakiki yang semakin menjadi-jadi di zaman ini, ternyata kini berada di peringkat kritikal. Bayangkan anak-anak yang baru dilahirkan dan janin-janin dibuang tanpa ada perasaan belas dan ihsan. Sedangkan anak kucing yang mati pun, ibunya meratapi sedih pemergiannya.

Krisis perceraian yang membuak-buak di sekeliling kita. Menjadi suami isteri dalam jangka masa yang terlalu singkat, yang tidak pernah kita bayangkan kini seumpama buih di lautan. Anak-anak kecil yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa. Betapa hancur kerohanian mereka dengan perceraian tersebut, menyaksikan perbalahan ibu bapa. Kesemua kebencian itu akan mereka serap ke dalam jiwa dan mungkin diulang-siar setiap masa. Mungkin dari segi fizikal, memang kita tidak nampak kesannya, namun di hati siapa yang tahu. Mereka adalah salah satu pembentukan sebuah masyarakat pada masa akan datang.

Barangkali didikan kita terhadap sesuatu isu dan melihat kesannya itu juga, kurang dalam masyarakat kita. Tidak usah lihat jauh, subjek-subjek yang memerlukan seseorang itu berfikir di universiti pun sudah dianggap tidak diminati oleh kelompok mahasiswa, umpamanya falsafah. Jadi apabila mereka dihadapkan dengan isu-isu seperti couple, memilih pasangan, cinta, kerjaya dan sebagainya, mereka akan menjadi seperti robot dan kaku untuk bertindak matang. Ya atau Tidak. Dalam kehidupan ini tiada semuanya yang mutlak kecuali apa yang telah ditetapkan di dalam Quran dan Sunnah baginda S.A.W

SEBUAH MATLAMAT DALAM JAGA

Pencerahan adalah lawan pada ketidakmatangan yang ditempa sendiri. Ramai yang melawan pencerahan kerana tidak bersedia mengakui kesalahan diri sendiri. Ramai yang tidak sanggup mengambil kata-kata diri sendiri itu, dari perspektif tanggunjawab yang perlu dilaksanakan. Sebab itu barangkali, ada yang selesa menyandarkannya kepada sebuah nama yang boleh dianggap besar sebagai lapis hujah, namun kesedaran untuk merubahnya jauh sama sekali untuk dipratikkan. Jauh panggan dari api.

Persoalan cinta adalah satu isu yang penting kerana cinta adalah salah satu keperluan hidup dan merupakan fitrah insani yang terletak di dalam hati. Merasainya membuatkan kita seperti bersemayam di mahligai bahagia kerana keasyikannya membuai dan menempa lembut.

Penulis lebih suka dan cenderung untuk menghuraikan persoalan atau isu cinta ini, ketika orang ramai tengah sibuk berkenaan isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Kerana selain daripada kita menumpu terhadap isu sebegitu kita juga tidak boleh lupa persoalan cinta yang, insha-Allah dapat membantu dalam menyejukkan dan menenangkan hati kita dalam menghadapi kegawatan sekarang ini. Bukan matlamat utama, tetapi sekadar memenuhi keperluan yang dinyatakan tadi mengikut kaca mata Islam.

Pemikiran penulis seolah-olah sedikit sebanyak dipenjara oleh buruknya kesan virus cinta yang melanda umat, khususnya golongan umat yang mengaku berjuang di jalan-Nya.

Wabak yang menatijahkan mereka yang diangkat menjadi pimpinan tidak mahu melepaskan belenggu cinta. Penyakit Persatuan Mencari Isteri (PMI) dan kudis bercinta ‘ala islamik’ yang makin merebak. Paling menyakitkan ialah kudis ini. Tiada ubat yang paling mujarab, kecuali kembali pada-Nya.

Ramai yang menelan pil cinta Islamik sebagai satu alasan menghalalkan bercinta. Ramai yang berteleku Di Atas Sejadah Cinta, meratib Ketika Cinta Bertasbih, dibuai Ayat-Ayat Cinta, dan menerima Aku Terima Nikahnya tanpa berteleku di atas sejadah Qiamullail, meratib istighfar minta dipelihara dari nafsu, mengalun ayat-ayat cinta secara istiqamah dan menjalankan kehidupan beragama sebelum bersedia untuk menerima seruah nikah. Mudahnya, yang dipetik dari penulisan-penulisan ini hanyalah ideologi cinta Islamik tanpa penghayatan kehidupan beragama secara menyeluruh. Perkara yang sama berlaku kepada Islam:

choose what you like, leave out the others

Mengapa kita sukar memperolehi jawapan yang menenangkan? Kita asyik salah dalam membuat kesimpulan? Kita terpinga-pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul di hadapn kita?

Ramai ulama’ memberikan jawapan bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan. Pertama: kita tidak atau kurang membaca. Kedua: kita terlalu banyak membaca tanpa cuba untuk memahaminya.

Tanyalah dengan jujur, apa yang kita baca hari ini?

Allah Taala berfirman; “Bacalah” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama Tuhan-Mu” Ertinya, sebagai seorang muslim, kita perlu membina diri sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keEsaan-Nya. Jika tidak, anda dan kita semua akan melampaui batas.

Sindrom ‘bangau oh bangau’ makin berleluasa sekarang nampaknya. Kenapa mesti letakkan kesalahan dan tanggungjawab pada sesuatu jemaah sahaja? Bukankah kita semua adalah pemimpin pada diri sendiri. Maka tanggungjawab ni mesti pertamanya diletakkan di bahu sendiri. Kewujudan lajnah-lajnah atau persatuan bak cendawan selepas hujan bukanlah sebagai kuasa pemutus yang muktamad. Jika ada kesilapan, maka mereka yang terpaksa bertanggungjawab. Sebaliknya individu itu sendiri adalah penimbang tara yang terbaik. Setiap daripada kita tahu dan secara logik kita faham apa perbuatan yang baik, dan apa perbuatan yang buruk.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Perkara yang aku larang kamu daripada melakukannya, hendaklah kamu jauhkan diri daripadanya. Dan perkara yang aku perintahkan kamu lakukan, hendaklah kamu laksanakan dengan sepenuh keupayaan kamu. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa disebabkan oleh banyakkan persoalan mereka, serta percanggahan ke atas apa yang diajarkan oleh para Nabi yang diutuskan kepada mereka” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

CINTA BERTASBIH DI MIHRAB ILAHI



Berkahwin adalah satu peringkat hidup untuk menambah fungsi dalam kehidupan. tanpa berkahwin, kehidupan masih sebuah kehidupan dan tanggungjawab kita adalah untuk berterusan mentaati-Nya sama ada di dalam perkahwinan atau di luar perkahwinan.

Janganlah kita berkahwin semata-mata kerana untuk mengelak zina dan maksiat tanpa tahu tujuan utama. Terlalu lemah alasan tu. Kerana perkahwinan bukannya dibina di atas menjauhkan perkara maksiat, sebaliknya perkahwinan dibina apabila kematangan fikiran sudah dapat mengatasi emosi. Ianya memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada kedua-dua pasangan suami dan isteri. Tidak cukup kalau sebelah isteri sahaja atau daripada pihak suami sahaja. Kalau setakat nak mengelak zina, lebih baik berpuasa dan selalu berteleku di atas sejadah, habis cerita.

Cuba kita survey, berapa ramai yang kahwin semata-mata kerana kerana Allah untuk jauhkan zina. Jarang sangat, dalam seribu mungkin ada satu. Alasannya mudah, sebab memang dah suka sama suka dengan pasangan tu. Sampai tidak boleh control untuk berhubung selalu,hantar khidmat pesanan ringkas (sms), yahoo messenger dan sebagainya. Kononnya, minta tolong kejutkan untuk bangun tahajud dan sebagainya

Kalau kat kampus, kita boleh tengok di kalangan rakan-rakan walaupun tidak semua, boleh hidup dan dilatih dalam suasana yang syadid, iklim baik, dan biah solehah. Tapi realiti yang berlaku bila keluar dari alam kampus, masing-masing sudah mula pudar dan hanya menunggu lusuh dari pegangan diri.

Dalam perkahwinan, kenikmatan rumahtangga dan tanggugjawab yang besar datang dalam satu pekej yang tidak boleh dipisahkan. Masalahnya remaja yang bercinta tidak sabar lalu menikmati kemanisan berumahtangga sebelum bersedia memikul tanggungjawab. Akibatnya mereka mengalami kejutan budaya apabila berhadapan amanah yang menuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi. Rasa manisnya sudah habis kerana telah mengecapinya sebelum kahwin lagi. Bila sudah kahwin, yang tinggal hanya lampin dan kerenah anak-anak.

Setelah diketahui usaha mencari yang baik-baik itu sukar, mengapa tidak berusaha memperbaiki diri dan pilih sahaja yang tidaklah baik sangat tapi boleh dididik menjadi baik?

Teringat Saidina Ali dan Fatimah az Zahra yang serba susah tetapi hidup penuh keimanan. Sentiasa dalam kelaparan, tetapi penuh ketakwaan. Syurga Firdaus tempat mereka. Apalah kesusahan kita berbanding dengan mereka? Fikirkan.

Jangan jadikan alasan, bila isteri curang atau sudah tidak bernafsu memenuhi tuntutan diri, untuk mecari lain, berpoligami. Pada penulis poligami itu adalah madu. Namun tak semua dapat menghirupnya kerana mungkin disebaliknya racun yang bisa merosakkan.

Nilai diri dengan Iman bukan dengan nafsu untuk mendapatkan madu. Jika berlandaskan Iman dan cahaya agama, insha-Allah ianya menjadi sebahagian nikmat kurniaan Allah. Namun jika nafsu jadi sandarannya khuatir madu bertukar menjadi racun. Tidak kurang yang mendapat madu, ramai juga terkena racun poligami. Jentik hati tanya Iman.

Semoga kita semua sedar sebelum terngadah. Tahu apa yang perlu dilakukan. Tahu yang perlu didahulukan dan yang perlu dikemudiankan. Gunalah pencerah akal yang sihat dan ilmu yang sentiasa menemani dalam bertindak. Berdoalah selalu kepada-Nya semoga segala-galanya berjalan seperti yang dirancang dan bisa dicernakan di dalam kehidupan seharian.

Semoga sebuah Cinta Bertasbih Di Mihrab Ilahi sentiasa memayungi kita.

ameen

http://puteraazhari.blogspot.com/2009/07/cinta-bertasbih-di-mihrab-ilahi.html

Sunday, October 25, 2009

Aku Seorang Dai'e...


"Orang berjuang sering menangis
lemah di sisi Allah
Tetapi Allah kuatkan dia di sisi manusia
Berjuanglah kerana Allah
Bahagialah hati walaupun payah
kerana itu jalan ke jannah"

"Sesungguhnya dai'e yang sebenar
adalah lebih kuat daripada
hakikat alam dan keseluruhannya
Ketika alam ini hancur
Cita-cita dai'e untuk
menyampaikan Islam
tak pernah hancur.."
~Syed Qutb~

Amat menusuk hati saya tatkala baca ungkapan itu. Seakan terasa diri ini amat lemah di sisiNya. Ya..tidak boleh di nafikan hati ini sentiasa menangis..sentiasa merintih..sentiasa mengeluh kesah..kerdilnya diri ini disisi Allah, kekasihku dunia dan akhirat.

Susahkah untuk menjadi seorang Da'ie? membawa dan menyebarkan risalah Allah. Amanah buat hambaNya yang mengimpikan keredhaanNya.. Ya..hati ini tidak menafikannya..

'La yukallifullahu nafsan illa wus'aha'..Allah tidak akan memberikan sesuatu yg tidak mampu untuk kita membawanya. Mampukah aku..hambaMu yg hina ini..

Ya..aku adalah seorang Da'ie..aku tidak akan takut kepada selainMu. Aku mahu menjadi kekasihMu, Mutiara hatiMu, dan Hamba yang dapat membanggakanMu. Walau aku tahu..aku akan sentiasa menangis..jiwaku akan sentiasa terluka..tubuh badanku akan sentiasa lemah...namun engkau ada disisiku. Menemaniku untuk aku terus berjuang dan berjuang hingga ke akhir hayatku.

Jemputan ke SOLAT HAJAT KUBRA PKPIM UIAM

Semoga berada didalam Rahmat Allah Subhanallahu Ta'ala...
Dengan rendah dirinya, Majlis Tarbiyyah PKPIM UIAM akan mengadakan SOLAT HAJAT KUBRA PKPIM UIAM pada :
~29 Oktober 2009 (Khamis)
~5.30pm - 9.15pm
~Surau Kuliyyah Engineering

Tentatif program...
5.30pm - 7.00pm: Bacaan Ma'thurat dan Usrah Gabungan
7.00pm - 8.45pm: Solat Maghrib / Solat Hajat / Kuliah Maghrib
8.45pm - 9.15pm: Solat 'Isya' dan Jamuan ringan

Dijemput sahabat-sahabat hadir. Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan ke dnt_uiam@yahoo.com atau melalui blog ini.
Syukran

~Hidup Biar Berjasa~

Timbalan Amirah 1
PKPIM UIAM