Tuesday, May 27, 2008

Isu Pemakaian Pelajar Perempuan....

Saya amat tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Kak Munirah berkenaan dengan Isu pekaian pelajar perempuan. Tetapi sayang, ada pihak yang tertentu yang menganggap isu ini sebagai bahan tawa dan hanya perkara yang remeh untuk dibincangkan, sedangkan ianya amat penting bagi umat Islam kerana ia berkenaan dengan 'Punca Keruntuhan akhlak'di kalangan pelajar perempuan.

Pakaian merupakan salah satu daripada keperluan hidup manusia. Jadi, ia boleh menjadi isu yang penting selain Isu 'Kekurangan makanan" yang melanda seluruh negara pada masa kini. Oleh yang demikian,saya mengambil serius isu ini. Saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Kak Munirah. Sebagai perempuan, kami ada hak untuk mengutarakan pendapat kami berhubung perkara ini. Mungkin ramai berpendapat pakaian pelajar bukan sebab yang membawa kepada 'keruntuhan akhlak' dan pakaian itu tidak boleh dikatakan seksi. Ya, kalau diikutkan logik akal,memang betul. Tapi, jika dibandingkan dengan pakaian seksi yang lain yang terdedah sana sini, pakaian pelajar perempuan tidak boleh disamakan. Kita lihat pula dari perspektif Islam. Pakaian yang diharuskan oleh syara' adalah pakaian yang tebal dan longgar. Tetapi, pakaian pelajar perempuan masa kini semakin nipis sehingga dapat melihat pakaian dalam mereka. Malah, ada juga yang membuatnya mengikut bentuk badan. Jika tudungnya labuh, mungkin ia tidak menjadi masalah, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bertudung kecil@tidak memakai tudung??

Saya mengatakan sedemikian kerana saya sendiri yang melihatnya. Kadang-kadang saya sendiri rasa malu melihatnya. Apabila individu-individu memberi pendapat pula, mereka hanya mentertawakan dan memandang serong dengan isu ini. Seakan-akan maruah seorang perempuan ni dipermainkan begitu saja. Dengar dan lihatlah wahai dunia...

Saya disini ingin memohon kerjasama dari semua pihak supaya kita tetap memperjuangkan isu ini. Ia nampak isu yang kecil dan remeh. Tetapi bagi kami Umat Islam yang peka dan amat mengambil berat dengan agama kami(Islam), kami tidak akan berdiam diri. Isu ini tetap kami pertahankan. Bagi individu-individu yang beragama Islam yang menganggap perkara ini adalah sesuatu yang remeh...didoakan semoga kalian mendapat Hidayah...insyaAllah..
Wallahu'alam..

Wednesday, May 21, 2008

Baby Amin

alhamdulillah..dapat juga saya merehatkan badan sekejap sementara baby Amin sedang tidur. Kelakar pula rasanya bila di fikir2kan. Pada mulanya saya sibuk mengisi borang, mencari di surat kabar kerja kosong sbgai seorg guru sandaran. Alhmdulillah. ada lah dapat. Tapi, tempat tu agak jauh dari rumah. Perlu menaiki public transport. Saya menolak. Last2 saya jadi 'baby sitter' kt rumah.:) Ape pun, seronok juga..Di samping dapat bantu Ummi menguruskan rumah, boleh jaga baby sekali. Rumah ni pun dah lama tidak dengar tangisan dan tawa bayi. Walaupun upah menjaga tak lah banyak sangat, tapi saya puas. Tengok je muka baby Amin buatkan saya tenang dan lupa semua masalah.

Macam kebiasaan..hari ni baby Amin menangis selepas ditinggalkan Ibunya. Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang bayi yg amat peka terhadap bau Ibunya. Teringat saya semasa kecil dahulu. Begini agaknya Ummi rasa semasa menjaga saya. Tapi, kesusahan Ummi lagi besar. Jarak saya dan adik2 dekat. Lagi2 jarak saya dan adik di bawah saya hanya 1 tahun.

Baby Amin da menangis. Berhenti di sini dulu...

Oh Fatimah...

Keputusan Mahkamah Syariah Pulau Pinang pada 8 Mei 2008 yang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah@Tan Ean Huang 39 tahun untuk kembali ke agama asalnya (Budhha)satu keputusan yg amat menggegarkan, bagaikan gempa bumi Sichuan di China.
Bagi umat Islam yg cintakan Islam sebagai agama yg di redhai Allah, keputusan itu amat pahit dan memilukan. Keputusan itu satu tragedi, satu kekalahan, dan satu malapetaka kpd masyarakat Islam.
Namun, bg penganut fikiran bebas, agama itu satu perkara peribadi dan bersyahadahkan konsep kebebasan serta berkiblatkan nafsu, keputusan itu adalah sesuatu yg disanjung dan bukan sahaja dihebahkan seluruh Negara dalam media perdana tetapi dilaungkan di seluruh dunia.

Fakta kes:
1. Siti Fatimah Tang bt. Abdullah ini telah memeluk Islam pada 25 Julai 1998
2. pada 16 September 2004 beliau telah berkahwin dgn seorang lelaki Iran bernama Ferdoun Ashanian
3. Suaminya, menghilangkan diri tanpa sebarang sebab 4 bulan selepas berkahwin (January 2005)
4. Siti Fatimah mendakwa tujuannya memeluk Islam adalah semata2 untuk berkahwin dgn Ferdoun
5. Belaiu memohon kepada mmahkamah syariah untuk dibenarkan murtad pd 10 Julai 2006

Sahabat2...mari kita renungkan dan fikir2kan kenapa semua ni berlaku. Apakah semua kesalahan harus diletakkan ke atas dia? ya..kita semua sungguh marah dgn keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Tetapi, sebelum itu.. mari kita sama2 renungkan semula fakta kes. Siti Fatimah telah masuk Islam 6 tahun sebelum mengahwini Ferdoun. Apakah dakwaannya yang mengatakan dia masuk Islam adalah semata2 untuk berkahwin dengan Ferdoun berasas?. Apa yang dia lakukan selama dia bergelar seorang Islam? mustahil dia tidak memahami erti syahadatain..Wallahu'alam.

Dikatakan juga 'Siti Fatimah tidak pernah mengikuti kursus atau kelas pengajian yg diatur oleh Unit Ukhwah krn jarang berada dlm negeri kerana mengikut suaminya..' Di sini jelas menunjukkan ada sedikit persoalan. Dia hanya bersama suaminya selama 4 bulan sahaja. Selama 6 tahun dia bergelar seorang Islam, takkan sekali pun dia tidak mengikuti kursus yang diatur Unit Ukhwah? Di manakah dia ketika itu yang masih solo?

Di sini ingin saya merumuskan sedikit. Kita tidak boleh menjadi patung dalam bangunan. Hanya menunggu orang datang kepada kita untuk memberi bantuan. Sepatutnya kita perlu cari inisiatif lain. Contohnya pergi ke rumahnya dan mengajar di situ. Ataupun hantar sahaja Ustaz2 atau Ustazah2, Ahli2 Tabligh, Persatuan2 Islam atau Mahasiswa untuk berda'wah di situ. Saya memberi cadangan supaya PKPIM, PERKIM, ABIM, PAS, WUFI, dan seluruh NGO di Malaysia ini bergabung tenaga membentuk satu badan yang mengendalikan mu'alaf2 dan permasalahan murtad dengan kerjasama Mahasiswa2 Islam di seluruh negara. InsyaAlllah.

Monday, May 12, 2008

Muktamar PKPIM...

'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka', maka pekataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: 'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung'. (Ali-Imran: 173)

Tanggal 10 Mei 2008 adalah saat yang amat meresahkan hati saya. Saya telah dipilih oleh Allah untuk memegang Amanah yang amat berat. walaupun saya tahu tugas itu adalah suatu yang tidak asing bagi saya. Namun, entah kenapa tiba-tiba hati saya terasa berat. Badan saya lemah. Jiwa saya bergetar. ALLAHUAKBAR!!!
Ya Allah..tetapkan lah hati hambamu ini..
Sehingga suatu saat, saya sudah tidak dapat menahan lagi air mata ini. Saya berlari ke arah insan yang bernama sahabat yang sama-sama berjuang dalam memperjuangkan agama Allah ini. Dibahunya saya menangis. Ingin saya melepaskan segala keresahan dan ketakutan saya untuk membawa agama Allah ini. Terasa kerdil dan hinanya saya dihadapan Rabbi.
Dihadapan saya..terlihat insan-insan yang dahagakan tarbiyyah. Yang mengharapkan sesuatu daripada saya. Saya bukan melihat seorang. Tetapi beribu-ribu orang. MasyaAllah. Allahuakbar!
'Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir'. (ali-Imran: 147)

Apa yang pasti, segala ketentuan Allah ada hikmah disebaliknya. Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menikmati alam perjaungan. Memberi saya peluang merasa keperitan dan kemanisan sunnah orang berjuang. Terima Kasih Ya Allah. Saya tahu, ujian yang Allah berikan kepada saya hanya sedikit berbanding dengan apa yang dilalui oleh Zainab al-Ghazali al-jubaili, seorang aktivis Islam yang saunggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Musilmin di Mesir. Beliau adalah salah seorang yang menjadi Role model saya dalam perjuangan ini. InsyaAllah.

Menjadi Asst.HC Da'wah dan Tarbiyyah bukan amanah yang mudah. Apa ada pada jawatan. Yang penting Amanah yang dipikul perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Saya perlu banyak bergerak daripada bercakap. Itu prinsip yang saya pegang. Oleh sebab itu saya kurang bercakap dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Buat sahabat2 seperjuangn..saya ingatkan untuk diri saya dan juga sahabat2..kita perlu cepat bertindak. Jangan banyak berehat. Seperti kata-kata yang pernah diucap oleh Zainab al-Ghazali..' Ya, kita bukan mengejar masa. Masa yang bertahun-tahun, puluhan tahun, ratusan tahun, bukan penting bg umur da'wah dan umat. Tetapi yg penting ialah kita mesti bertahan diatas jalan kita dgn penuh keyakinan, kesejahteraan langkah dan kejelasan pemikiran'.

Moga saya bersama dengan sahabat2 seperjuangan sama2 dapat berdiri teguh dan tetap pendirian dalam menegakkan kebenaran ini. Jangan kita mudah mengalah, banyak ketawa, dan cepat melatah. Tetapi menangislah. Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengalir kerana takut kepada Allah, menanggung keperitan dalam berda'wah, melihat segala maksiat yang semakin berleluasa terutamanya oleh saudara Islam sendiri adalah suatu nikmat yang dapat merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang kita kepada Allah.. ingalah kepada kematian. Entah hari ini, esok, lusa, tulat..Allah akan mengambil kembali hakNya kerana kita didunia ini hanya lah pinjaman semata-mata. Kita adalah milik Allah yang abadi..:)

Salam perjuangan. ~HIDUP BIAR BERJASA~

Monday, April 7, 2008

Filem Melayu..huh!!!


Sekarang ni semakin bnyk drama dan filem melayu ditayangkan. Saya tidak langsung berminat utk menonton kerna awah abah xbg kami adik-beradik tonton cerita melayu sejak kecil. Saya sering tertanya2 mengapa. Apa salahnya tgk cerita melayu. Tapi, semakin saya dewasa, semakin saya tahu sbb kenapa abah xbg tgk cerita melayu. Saya telah tgk bnyk filem2 melayu. Tapi, itu sekadar hendak tahu kenapa filem tu popular..seperti anak halal, mukhsin, gubra, haru biru, rempit...dan saya dah x ingat dah.. tp, masyaAllah..rasa geram membuak2 bila tgk perlakuan x senonoh rakyat malaysia yang beragama islam yang dah aqil baligh...

Yang lagi saya x fahamnya kenapa filem melayu sekarang bnyk menayangkan cerita yang menonjolkan perlakuan x senonoh anak2 muda..yang terbarunya Akhirat dan Drift(x ingt tajuk cerita tu)..niat mmg baik nak bg kesedaran. Tapi, elok ke klu berpeluk sana sini. Buat macam suami iseri...Astaghfirulahal'azim.. Yang lg peliknya mana maruah kita? snggup ke tgk isteri/suami kita berpeluk2 dgn org yg bukan mahram. Yang seronok merasanya orang tu..Ini la yang di namakan dayus. Tahukah yg dayus ni adalah antara dosa besar..


Saya bukan nak cakap..tp ini lah dinamakan Islam Hadari..Betul ke?ni apa yg saya nmpak la..smpai sekarang sbnrnya saya x jelas islam hadhari ni. tp yg saya tahu xde dalam Risalah Rasulullah utk membawa Islam Hadhari..Islam modern yg mementingkn kemewahan dan kesenangan semata2 daripada bnyk beribadat kpd Allah..

Buat sahabat2..xperlu lah tgk sgt filem2 melayu tu. Kalau nk tgk pn biarlah kita tgk utk da'wah kita..utk pnduan kita dlm berda'wah.

Cuti Semester bermula...

Final exam baru sahaja selesai..lega sangat.tp tak boleh lama-lama..tu hanya jihad kecil.bnyak lagi perkara yg perlu dilalui dalam hidup ini. semakin bnyk cabaran hidup, semakin kuat kita perlu tabah dan sabar menjalani liku-liku kehidupan ini. yang penting, kita mesti selalu ingat kepada kematian. hidup ni tak selamanya dalam keperitan dan tak selamanya dalam kesenangan. Jangan ada rasa berputus asa sebab ia akn mengundang kepada sikap buruk sangka terhadap Allah. Syukuri lah apa sahaja ujian yang menimpa kerana melalui itulah Allah menzahirkan rasa kasih dan sayangnya terhadap kita.

Cuti 3 bulan ni perlu dirancang dgn sebaiknya...masa bersama keluarga dan program. Setakat ni ada beberapa program yang sedang menanti.diary pun dah penuh. Esok saya akan berangkat ke Telok Batik. Kursus Fasilitator bwh Unit Cocuriculur UIA. Ramai yang bertanya kenapa saya apply untuk menjadi naqibah sedangkan saya ada bnyak komitmen lain. Ni lah namanya apa yang berlaku dalam kehidupan kita ni semua atas perancangan Allah dan di sebalik itu kita akan nampak hikmahnya tak kiralah ianya mendatangkan keburukkan mahupun kebaikkan kepada kita. Sebenarnya segala keputusan yang saya buat dalam hidup saya bergantung kepada kata hati nurani saya dan pengalaman. Mungkin setiap orang mempunyai cara yang pelbagai untuk membuat keputusan. Allah telah bagi kita 1 panduan untuk kita membuat keputusan yang baik iaitu Solat Istikharah.

Ah...rindunya kepada Kg. Rantau. malam ni sahabat2 semua akn pergi. Sekali lagi saya membuat keputusan untuk ke Kursus Fasilitator daripada bersama sahabat2 tersayang ke kg. rantau. Bnyak kenangan disana walupun saya hanya seketika bersama mereka. Kesian pada mak saya disana. Sebenarnya saya suka panggil mereka mak dan bapak kerana mereka akan rasa bangga dan suka. Lagipun panggilan itu akan mengikat lagi tali persaudaraan saya dan mereka. Kita semua setaraf sahaja disisi Allah. Jadi tiada perbezaan antara kita dan masyrakat orang Asli. Mak...maaf kan anak.InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita dapat bertemu lg.

Jumaat ni keluarga saya akan bertolak ke Kedah untuk menghadiri konvokasyen adik di bawah saya. Mungkin tak semua yang pergi. Saya juga tidak diizinkan untuk ikut serta sekali sbb Kursus tu tamat pada hari Jumaat. Mungkin juga ada adik saya yang tak pergi. Jadi, saya kena jaga rumah.

Ahad atau Isnin ni saya akan bertolak ke Terengganu pula untuk menemani Sahabat saya berubat. Tak tahu lagi bila akan kembali semula ke sini. Mungkin tak lama sbb saya sdg isi borang utk mohon menjadi guru sandaran. Sekurang2nya ringan sikit beban ummi utk bg duit perbelanjaan saya naik sem nnti dan duit tu juga saya nak guna utk pergi program yang memerlukan tambang.

banyak lagi perkara yang perlu saya fikirkan. Moga Allah permudahkan urusan saya. Ini lah jihad saya....

Friday, March 7, 2008

Tugas Muslimah dalam Pembentukkan Ummah

Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentang kedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna.

MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN SAQAFAH
Adalah wajib bagi seseorang wanita Islam untuk memperlengkapkan dirinya dengan SAQAFAH SYARA'IYAH iaitu saqafah yang berkaitan dengan hukum-hukum syara' terutama yang menyentuh fardhu 'ain yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslimah. Begitu juga SAQAFAH MA'SIROH iaitu saqafah yang berkaitan dengan pengetahuan semasa seperti realiti yang ada dari semasa ke semasa di negara kita dan juga di luar. Begitu juga mengetahui dengan memperlengkapkan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia untuk menjadi seorang yang benar-benar ahli bagi melaksanakan tanggungjawabtanggungjawab untuk dirinya, masyarakatnya serta untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dalam maksud inilah maka di sini disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anggota-anggota muslimah.

penyunting Mustafa Ramadhan
Al-Mukminah As-Solehah

PAKAIAN DAN PERHIASAN
ISLAM memperkenankan kepada setiap muslim, bahkan menyuruh supaya geraknya baik, elok dipandang dan hidupnya teratur dengan rapi untuk menikmati perhiasan dan pakaian yang telah dicipta Allah.Adapun tujuan pakaian dalam pandangan Islam ada dua macam; iaitu, guna menutup aurat dan berhias. Ini adalah merupakan pemberian Allah kepada umat manusia seluruhnya, di mana Allah telah menyediakan pakaian dan perhiasan, kiranya mereka mahu mengaturnya sendiri. Maka berfirmanlah Allah s.w.t.:

“Hai anak-cucu Adam! Sungguh Kami telah menurunkan untuk kamu pakaian yang dapat menutupi aurat-auratmu dan untuk perhiasan.” (al-A'raf: 26)

Barangsiapa yang mengabaikan salah satu dari dua perkara di atas, iaitu berpakaian untuk menutup aurat atau berhias, maka sebenarnya orang tersebut telah menyimpang dari ajaran Islam dan mengikuti jejak syaitan. Inilah rahasia dua seruan yang dicanangkan Allah kepada umat manusia, sesudah Allah mengumandangkan seruanNya yang terdahulu itu, dimana dalam dua seruanNya itu Allah melarang keras kepada mereka telanjang dan tidak mahu berhias, yang justru keduanya itu hanya mengikuti jejak syaitan belaka. Untuk itulah maka Allah berfirman:

“Hai anak-cucu Adam! Jangan sampai kamu dapat diperdayakan oleh syaitan, sebagaimana mereka telah dapat mengeluarkan kedua orang tuamu (Adam dan Hawa) dari sorga, mereka dapat menanggalkan pakaian kedua orang tuamu itu supaya kelihatan kedua auratnya.” (al-A'raf: 27)

“Hai anak-cucu Adam! Pakailah perhiasanmu di tiap-tiap masjid dan makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan (boros).” (al-A'raf: 31)

Islam mewajibkan kepada setiap muslim supaya menutup aurat, dimana setiap manusia yang berbudaya sesuai dengan fitrahnya akan malu kalau auratnya itu terbuka. Sehingga dengan, demikian akan berbezalah manusia dari binatang yang telanjang.

Seruan Islam untuk menutup aurat ini berlaku bagi setiap manusia, kendati dia seorang diri terpencil dari masyarakat, sehingga kesopanannya itu merupakan kesopanan yang dijiwai oleh agama dan moral yang tinggi. Bahaz bin Hakim dari ayahnya dari datuknya menceriterakan, kata datuknya itu:

"Ya, Rasulullah! Aurat kami untuk apa harus kami pakai, dan apa yang harus kami tinggalkan? Jawab Nabi. 'Jagalah auratmu itu kecuali terhadap isterimu atau hamba sahayamu.' Aku bertanya lagi: 'Ya, Rasulullah! Bagaimana kalau suatu kaum itu bergaul satu sama lain?' Jawab Nabi, 'Kalau kamu dapat supaya tidak seorang pun yang melihatnya, maka janganlah dia melihat.' Aku bertanya lagi: 'Bagaimana kalau kami sendirian?' Jawab Nabi, 'Allah tabaraka wa Ta'ala, lebih berhak (seseorang) malu kepadaNya." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah, Hakim dan Baihaqi)

2. Hikmah Dibolehkannya Untuk Wanita: Dikecualikannya kaum wanita dari hukum ini adalah untuk memenuhi perasaan, sesuai dengan tuntutan sifat kewanitaannya dan kecenderungan fitrahnya kepada suka berhias; tetapi dengan syarat tidak boleh berhias yang dapat menarik kaum pria dan membangkitkan syahwat.

Untuk itu, maka dalam hadis Nabi diterangkan: "Siapa saja perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian melalui suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka perempuan tersebut dianggap berzina, dan tiap-tiap mata ada zinanya." (Riwayat Nasai, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Dan firman Allah yang mengatakan: “Janganlah perempuan-perempuan itu memukul-mukulkan kakinya di tanah, supaya diketahui apa yang mereka sembunyikan dari perhiasannya.” (an-Nur: 31)

3.“Katakanlah! Tuhanku hanya mengharamkan yang jelek, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan dosa, dan kejahatan yang tidak benar, dan kamu menyekutukan Allah dengan suatu yang Allah sama sekali tidak menurunkan hujjah, dan kamu mengatakan atas (nama) Allah sesuatu yang kamu tidak tahu.” [Qur’an Surah Al-A'raf 7: 33]

AlQaradhawi : halal haram dlm Islam