Friday, May 1, 2009

Tip membina diri menjadi cantik


1. Bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan
Pada usia muda, seorang remaja harus memiliki wawasan dan matlamat yang ingin dicapai

2. Tahu membezakan di antara yang baik dan buruk
Firman Allah swt bermaksud : “Dan Sesungguhnya di antara kami ada orang yang taat dan ada pula orang yang menyeleweng dari kebenaran. Barangsiapa yang taat maka mereka itu sudah benar-benar memilih jalan yang lurus, adapun orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahanam.” (Surah Al-Jin : 14-15)

3. Sayangkan diri, keluarga dan masyarakat

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Tidaklah sempurna iman salah seorang di antara kalian sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri”

4. Berilmu pengetahuan
Mendapatkan sebanyak mungkin ilmu (akademik, kerohanian, dan pengurusan)

5. Menjaga kesihatan fizikal, jiwa dan minda
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, yang berkata, Rauslullah bersabda maksudnya: “Dua nikmat yang sering diperhatikan oleh kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu lapang

6. Menghormati diri dan orang lain
Menjauhi tingkah laku yang boleh menyebabkan pihak lain hilang rasa hormat kepadanya

7. Berlaku Adil


8. Menjauhi ,maksiat

Wanita cantik takut kepada firamn Allah yang bermaksud : “Sudah nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan perbuatan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yg benar (Ar-Rum : 41)

9. Faham hak dan tanggungjawab sebagai rakyat


10. Mesra Alam

Love vs Cinta


Bahagia sungguh bila melihat sahabat-sahabat sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi, siapa teman istimewa tu? Istimewa kah dia dari Allah? Rasulullah? Kitab Al-Quran? Ummi? Abah? Pastinya istimewa dari segalanya…mananya tidak..dialah segalanya..dialah yang diutamakan..

Scene 1

ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR…
“Lin, da azan..jom solat maghrib berjemaah…”
“Kau solat lah dulu. Jap lagi aku solat. Aku nak bersiap dulu. 10 minit lagi ‘dia’ datang amik. Nanti kalau lambat, dia bising plak.”

Scene 2

“Min, jom pegi Kuliyyah Tafaqquh Fiddin. Hari ni tajuk dia best. Kisah perjalanan hidup Rasulullah Salallahu’alaihi Wasalam.”
“Hari ni tak bolehlah. Aku dah janji dengan ‘dia’ nak kuar makan. Lain kali eh.”

Scene 3

“Kin, pinjam Al-Quran kau. Aku punya kat bilik la.”
“Sorry la. Aku punya tertinggal kat rumah. Da 2 minggu aku tak baca Al-Quran.”

Scene 4

“Rin, nak pegi mana tu? Kan Mama suruh amik adik dari sekolah. Papa pun mintak tolong Rin basuh kereta ni.”
“Ala..Rin da janji dengan’dia’ nak kuar shopping hari ni. Mama tak bagitau awal-awal. Rin nak pegi jugak..pegi dulu..”

Keadaan-keadaan yang dipaparkan ini memang berlaku..kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah membelakangi yang lebih Utama dari segalanya..Yalah..bila dah in Love..semuanya tak nampak.

Sahabat-sahabatku..
Curahkan lah kecintaan kita kepada ALLAH kerana hanya Dia lah yang selayaknya dicintai. Jangan lah engkau takut akan jodohmu tidak kesampaian jika tidak bercinta kerana itu semua urusan Yang Maha Esa. Akan tiba suatu masa nanti engkau akan menemui kebahagiaan yang engkau impikan. insyaALLAH.

Pabila hati di landa resah...


Hari demi hari..detik demi detik.. kehidupan ini berlalu dengan begitu pantas tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita mengimpikan sesuatu dalam hidup ini. Dan pastinya apa yang kita impikan itu semuanya indah. Kita mahukan kesenangan, kemewahan, hiburan, kebebasan, kebahagiaan… tapi, tenangkah jiwa kita? Apakah semua itu dapat memberikan kita kehidupan yang selesa selama-lamanya??
Bagaimanakah untuk mendapatkan ketenangan jiwa itu sedangkan hati sering menafikannya….

“Aku resah lah. Keputusan aku teruk. Aku tension!!”

“Relax la. Apa kata kita clubbing malam ni..minum Arak..dadah.. For sure ko rasa tenang sket..”

Itu la ungkapan yang sering diungkap ketika hati dilanda resah, jiwa tidak tenteram…
Wahai saudaraku…percayalah..itu semua akan membuatkan kau alpa..lalai..malah jiwa-jiwamu makin tidak tenteram. Janganlah engkau dekati apa yang disukai oleh syaitan untuk menenangkan hatimu…

Ingatlah wahai saudaraku..engkau masih punyai sesuatu yang bernilai untuk membuatkan engkau tenang..membuatkan engkau bahagia..Iaitu dengan mengingati Allah…kerana..’Dengan mengingati Allah itu jiwa-jiwamu akan menjadi tenang’

Jika jiwamu dilanda resah, bersihkan dulu dirimu dengan mengambil wudhu’..nescaya engkau akan terasa setiap air yang mengalir di tubuhmu bagaikan salji yang menutupi unggun api yang membara.. persiapkanlah pakaianmu yg bersih dan suci ke tubuhmu.. kemudian, dirikan lah solat sunat 2 rakaat, berdoa..dan berdoa sehingga air matamu gugur. Dan ingatlah…menangislah kerana kejahilan dan dosa-dosamu. Moga dipertunjukkan kepadamu jalan-jalan yang diredhai olahNya.

Saturday, February 7, 2009

PRK UIAM..

Berakhir sudah PRK UIAM.Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar. Tahniah buat wakli MPP. Semoga dapat menjalankan amanah dgn telus.

Ramai kawan-kawan tanya apa perlunya PRK campus? ‘Malas la nak mengundi. Xde faedahnya…’ Saya juga pernah terfikir begitu. Bagi saya PRK ni x mendatangkan apa-apa makna sehinggalah saya terbaca buku yang bertajuk ‘Fiqh Kenegaraan’ karangan Dr Yusuf AlQardawi. Alhamdulillah, Dalam saat-saat fikiran berkecamuk dengan persoalan ini, saya diberi petunjuk.

Semua sedia maklum PKR UIAM bakal menyaksikan pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi bakal bertanding. Di sini jelas menunjukkan situasi di mana 2 parti yg bertanding dlm merebut tempat dalam SRC. Seperti yg dijangka..pro-Mahasiswa menang dgn majority. Tahniah.. Terus terang saya katakan yang saya tidak melihat ini sebagai suatu kemenangan.

Suasana sepanjang PRK UIAM baru-baru ini dilihat bukan utk memilih wakil MPP, Tetapi untuk memilih parti mana yang bakal menjadi juara dan memegang SRC UIAM. Ini terbukti apabila pelbagai risalah di edarkan sebelum dan semasa PRK UIAM. Tulisan-tulisan yang tiada bukti dan unsur periksanya menaburkan fitnah kepada parti lain. Melaga-lagakan jemaah, memecah belahkan saudara sendiri…

Sepatutnya PRK ini digunakan untuk menonjolkan calon yang di rasa berkelayakkan dalam menjadi pemimpin bg sesebuah IPT. Bukan sebagai tempat untuk bermain politik kotor yang memecah-belahkan saudara seIslam sendiri dan menambahkan dosa dengan menaburkan FITNAH sana sini.

Nasihat saya, baca lah buku ‘Fiqh kenegaraan’ karangan Dr Yusuf AlQardawi ini. Bagi yang berjaya dan berhasrat untuk bertanding pada PRK akan datang, baca dan muhasabah diri. Banyak lagi buku yang boleh di baca karangan tokoh-tokoh Islam sekarang dan dahulu. Berkata dan bertindak menggunakan ‘akal dan ilmu. Bukan menggunakan nafsu dan emosi semata2. Buangkan sikap taksub dan assobiah dengan jemaah. Bai’ah terhadap sesuatu jemaah itu tak bermaksud kita perlu ikut 100% apa yang ada pd jemaah itu. Ambil dan amalkan mana yang difikir baik untuk kemaslahatan diri dan umat Islam. Mana yang buruk itu, kita jadi kan panduan dan doa agar dipertunjukkan jalan yang benar.

Jangan ada sifat benci sesame kita kerana itu lah kelemahan umat Islam dan kekuatan orang kafir. Jika rasa benci, cepat-cepat lah berdoa agar Allah menunjukkan jalan kepadanya dan agar Allah mengampunkan dosa kita…Wallahu’alam

Monday, December 8, 2008

Selamatkan Generasi Kita....

Lama saya berfikir..setiap kali menonton televisyen, saya hanya menggeleng-geleng kepala. Nampaknya ramai yang terlepas pandang dengan rancangan mahupun iklan yang di pertontonkan di televisyen mahupun di VCD-VCD yang di jual di pasaran.

Kita tengok sahaja iklan-iklan sekarang. Contohnya iklannya hanya la minyak wangi, tetapi yang keluar adalah perempuan yang menyanyi dan memakai pakaian yang amat 'seksi'. Selain itu, iklannya hanya lah losyen badan, tetapi di pertunjukkan tubuh2 badan yang tidak sesuai dipertontonkan oleh umum. Malah ada juga iklan yang melibatkan perempuan dan lelaki berpelukkan. Adakah semua itu sesuai untuk di pertontonkan oleh umum? Yang dipertunjukkan pula kebanyakkannya kaum Hawa. Seoalah-olah maruah kaum hawa ini mudah untuk dipergunakan.

Itu hanya iklan, belum lagi kita membincangkan rancangan-rancangan yang semakin membimbangkan untuk di beri tonton umum. Dewasa kini, budak-budak mahupun remaja kian gian untuk menonton rancangan-rancangan yang ada di televisyen. Apatah lagi jika ada Astro dirumah. Sampaikan, masa mereka di cuti sekolah terutamanya banyak di habiskan di hadapan TV. Jesteru, bilakah masa untuk generasi-generasi baru ni dididik dan ditarbiyyah dalam menghadapi cabaran hidup dan mempelajari ilmu-ilmu Allah dengan mendalam??

Saya disini hanya lah memberi pandangan tentang situasi yang kian berlaku sekarang. Oleh yang demikian, jaga dan lindungilah generasi-generasi baru ini dari hanyut oleh pengaruh-pengaruh yang tidak sihat. Wallahu'alam

Friday, December 5, 2008

KASIH 08...





Alhamdulillah...termakbul juga doa saya untuk bertemu semula dengan adik-adik Program KASIH. Walaupun tak ramai dan hanya 2 minggu bersama, sudah cukup untuk saya tersenyum puas membimbing dan mendidik bakal mujahid dan mujahidah ini. Ustazah harap adik-adik dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu yang di curahkan oleh ustazah dan ustaz. Jadi lah anak yang soleh/ah, Jaga Akhlak dan Maruah. Yang paling penting, taati Allah, Rasulullah, dan Ibu bapa..Adik-adik lah harapan kami semua..:)

Thursday, November 13, 2008

Ayuh kita berjemaah...

Alhamdulillah..dewasa ini semakin banyak Jemaah Islam yang ditubuhkan dalam membawa satu matlamat dan tujuan iaitu 'Islam'.
Tapi, sahabat2 pernah terfikir tak kenapa penting sangat kita untuk berada dalam Jemaah ini..??
Antaranya...Supaya Manusia menyembah Rabb yang Maha Esa. Allah berfirman..'Tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku' (Adzzariyat:56) Kemudian, Allah Subhanahu ta'ala mengutus para RasulNya untuk menjelaskan tujuan yang mulia ini. Allah berfirman lagi..'Dan sesengguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat, Sembahlah Allah(saja) dan jauhilah para taghut' (AnNahl:36)

Selain itu, Jemaah Muslimin menjalankan prinsip 'Amar Maaruf Nahi Munkar'. Allah berfirman..'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada maaruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah.' (Ali Imran:110)

Sebagai hamba Allah dan Khalifahnya yang teramat sayang kepada pencipta kita (Allah), kita perlu menyampaikan Dakwah Islam kepada semua orang. Allah berfirman..'Dan demikianlah Kami telah menjadikan kamu (umat islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.' (Al-Baqarah:143)

Sahabat-sahabat..sementara kita masih diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, dan jiwa yang tenang..hargailah semua kenikmatan itu dengan menjadi seorang muslim/muslimah yang cintakan jemaah kerana Allah dan Islam.. Jangan jadikan jemaah sebagai tempat untuk kita memerangi jemaah Islam yang lain kecuali jika sesebuah jemaah itu terpesong atau membawa fitnah kepada Agama Islam (Ajaran Sesat). Allah berfirman..'Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.' (Al-Anfal:39)