Saturday, August 23, 2008

Diaolg on AUKU amendement....

Sahabat-sahabat di jemput untuk hadir ke 'Dialog on AUKU amendement'
pada 29 OGOS 2008 di Main Auditorium, UIAM.



Friday, August 15, 2008

Sabarlah menghadapi Ujian....


Sudah agak lama saya tidak 'update' blog ini. Alhamdulillah, hari ini saya diberi kelapangan untuk mencoret sedikit berkenaan dengan 'ujian'.

Kita hidup di muka bumi Allah ini tidak lepas daripada pelbagai ujian yang menimpa. Kadang-kadang ujian itu menyenangkan kita. Kadang-kadang ia menyusahkan kita sehingga kita rasa berputus asa, 'down', mengeluh, dan bersangka buruk kepada Allah dengan menganggap Allah sengaja mahu mendatangkan kesusahan kpd kita. Astaghfirullahal'azim.

Allah ada berfirman di dalam Al-Quran bahawa sesungguhnya Allah akan menimpakan ujian kepada hambaNya yang beriman untuk melihat sejauh mana tahap keimanan kita. Adakah kita benar-benar ikhlas atau sekadar berpura-pura. Jika kita beriman, kita menempuh segala ujian, mehnah, atau trebulasi yang datang menimpa kita dengan sabar dan redha. Tetapi, jika kita mengeluh dan berputus asa dengan ujian yang mendatang, terbuktilah kita ini hanya berpura-pura dalam berjuang.

Berbahagialah bagi kita yang sentiasa mendapat ujian dari Allah kerana dari situ lah Allah melahirkan rasa kasih dan sayangnya kepada kita. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang berjuang dan Allah juga sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Lihatlah betapa besar dan hebatnya orang yang sentiasa berada dalam ujian dan sabar dalam menempuhnya. Sudah tentu ganjaran syurga menanti disana, InsyaAllah.

Ingatlah, ujian yang menimpa kita tidaklah seteruk dan segetir ujian yang ditimpa kepada Habibi Rasululllah s.a.w. dan para sahabat. Walaupun Rasulullah seorang yang ma'sum, yang dijanjikan syurga, baginda tetap juga ditimpa dengan pelbagai ujian bermula dari baginda lahir sehinggalah baginda menjadi Rasul terakhir bagi umat Islam. Begitu juga dengan para Sahabat baginda radhiallahu'anhu.

Baca lah sirah nabawiyyah dan kisah perjuangan Rasul-Rasul, Nabi-nabi, Khalifah Ar-Rasyidin, Para sahabat, dan pejuang-pejuang Islam. Di samping juga ulama-ulama dan tokoh-tokoh dahulu dan sekarang. InsyaAllah dengan selalu kita membaca kisah perjuangan mereka, semangat perjuangan kita takkan luntur dan kita dapat menempuh segala ujian yang mendatang dengan sabar dan redha. Wallahu'alam.