Monday, December 24, 2007

Adik-adikku sayang



Semester baru telah bermula. Tiba-tiba kenangan itu menjelma kembali. Terbayang di mata ini wajah bersih adik-adik Program 'KASIH' -Kem Anak Soleh dan Intensif Hafazan-. Walaupun telah hampir 2 minggu berakhir, hati ini terasa rindu untuk mendengar suara-suara kecil memenggilku dengan nama 'ustazah'.

Dalam program tu aku perlu mengajar mereka menghafaz surah-surah muqaddam, tilawah, hadith, fiqh, solat, dan bnyk lg. Terasa berat untuk memikul amanah yang besar ni. Tapi, setiap aturan yang ditentukan Allah itu ada hikmahnya. '
La yukalifullahu nafsan illa wus'a ha'

''Ustazah...'' Aku mendongak. Kemudian tersenyum

''Ada apa?''

''Ni macamana nak baca?''
Aku melihat Al-Quran yg di pegg Nabilah. Aku tergelak kecil. Al-Quran nya hampir sama besar dgn orangnya. Walaupun nampak agak usang dan ada carikan koyakan, Aku dengan berhati-hati mengambil Al-Quran itu .
''Mana Nabilah?''
Jari kecil mulus Nabilah menunjuk ke arah surah Al-Lahab.
''Ooo...yang ini. Ikut ustazah baca ye...Tabbat yadaa.......

Masa menunjukkan ke pukul 10 pagi. Ini bermakna aku hanya ada setengah jam sahaja lagi untuk menamatkan sesi 1 ini. Untuk sesi ini aku perlu mengajar mereka menghafaz, tilawah, dan tajwid. Jadi aku perlu mengisi masa ini dengan sebaiknya. Aku melihat wajah setiap seorang anak-anak didikku. Semua nampaknya sudah tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran. Aku perlu memikirkan ikhtiar supaya mujahid2 dan mujahidah2 kecil di hadapan ku ini memanfaatkan setiap saat dlm kehidupan mereka dgn ilmu.

''Kita main quiz nak?''
''Nak!!!"
Aku tersenyum..berseri-seri wajah setiap daripada mereka. Budak-budak..Aku menggeleng-geleng kecil kepala ku.

''Baiklah. Sape nama sepupu Rasulullah S.A.W yang menjadi khalifah Arrasyiddin?"

"Saya ustazah!!..Ali Bin Abi Thalib"

Aku tersenyum bangga. Aku terus bertanya. Kesemuanya mengenai sirah Rasulullah dan para sahabat. Ada yang dapat di jawab, ada yang tidak. Pelbagai ragam mereka. Sampai tergaru2 kepala. Comel sungguh.. Kelas ku agak bising dengan suara riuh-rendah adik-adik yang bersemangat untuk menjawab soalan demi soalan yang aku ajukan. Memandangkan setiap soalan mempunyai markah. Aku cuba untuk berlaku adil sesama mereka. Dan akhirnya bila tiba di markah seri. Aku terus berhenti.

''Baiklah, sampai sini sahaja. Esok kita sambung ya..."
"Ala ustazah..nak main lagi.." Asma merengek-rengek manja. Tudung yang dipakai di betulkan sedikit.

"Kita sambung esok saje la ya...sekarang masa rehat. Jangan lupa hafaz surah yang ustazah akan tasmi' esok. Dan ulangkaji hukum ikhfa' haqiqi. Esok kita buat latihan sikit. Sebelum habis kelas biasanya kita buat apa?"
Balqis mengangkat tangan."Baca doa!!"

"Baik, Hakimi..baca doa. Yang lain ikut ya.."

Adik-adik 'KASIH' diberi rehat selama setengah jam sebelum memulakan sesi seterusnya iaitu hadith. Dalam sesi ini adik-adik di ajar beberapa potong hadith seperti:
'Tholabal ilmi faridhatan 'ala kulli muslim.....
'Almuslim 'ala muslim kalbunyani ba'dhuhu ba'dho....
Aku berasa bangga tatkala melihat mujahid2 dan mujahidah2 kecil lancar dan bersungguh2 menghafal hadith. Suasana ketika itu riuh rendah dgn jeritan dan suara mendayu adik-adik melafazkan kalimah arab yang juga bahasa Al-Quran. Dalam sesi ini juga terselit juga sesi 'solat'. Adik-adik ditunjukkan bacaan dalam solat dan cara solat yang betul. Ada beberapa bacaan dalam solat yang perlu di hafal oleh mereka seperti doa qunut. Aku pada mulanya agak terkejut kerana hampir kesemua adik-adik tidak dapat membaca doa qunut dengan lancar. Tetapi, alhamdulillah..akhirnya hampir kesemua dari adik-adik dah boleh membaca doa qunut. Harapanku agar mereka dapat mempraktikkannya.

Kira-kira jam 12.30 tengahari merupakan masa untuk makan tengahari. Adik-adik dibawa ke kantin sekolah. Makanan tengahari mungkin tidak seselera makanan tengahari yang dimakan dirumah. Tapi, adik-adik tidak sedikit pun bersungut.

Selepas solat zohor, aku terpaksa pulang ke rumah kerana jarak yang jauh dari rumahku ke tempat program. aku perlu menaiki bas dan lrt untuk tiba ke rumahku. Sepanjang perjalanan fikiranku sering melayang-layang memikirkan ilmu yang aku sampaikn kepada adik-adik tadi. Betulkah ilmu yang ku sampaikan tadi? cukupkah? moga ilmu itu tidak menjadikan aku takabur dan bangga diri. moga terbit rasa keikhlasan dari diriku untuk mendidik adik-adik yang merupakan tonggak pejuang islam di masa hadapan.

Andai Bidadari Berbicara


Satu kisah di dalam syurga.....

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu
sahaja.''

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai
adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu
wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg paling gah bahkan lebih
gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr
kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."


Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman,
tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas
cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH ,lupakan pesanan buat wanita agar memelihara Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya!
Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam
kasih sayang pd penghuni jannah ini!


Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas
insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng
diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dun
"ia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri
mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri."Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi.